Isnin, Oktober 06, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Salam Aidil Fitri diucapkan kepada semua sahabat-sahabat rakan seperjuangan e-skuad serta semua pengunjung yang sudi menjenguk laman blog kami...semoga aidil fitri yang diraikan disambut dengan penuh kesyukuran dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Sabtu, September 20, 2008

Renungan..

Ramadhan Kareem... jangan dilupa pada yang tiada...pada mereka yang tidak bernasib baik seperti kita...dan pada saudara kita yang jauh di bumi palestin serta senasib dengannya...semoga Ramadhan ini lebih menginsafkan kita dan mengingatkan kita betapa banyaknya nikmat yang diberikan kepada kita... mudah-mudahan kita tergolong kalangan hamba Nya yang bersyukur....

Khamis, September 04, 2008

Ramadhan Yang Sama Natijah Yang Berbeza

Wahai Tetamu-tetamu Allah di Bulan Ramadhan, Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keagungan dan keberkatan yang cukup banyak dan luas. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas peluang dan kesempatan yang dianugerahkan kepada kita pada tahun ini untuk terus berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Semestinya kita menyedari bahawa tidak semua insan dapat berpeluang mengharungi bulan Ramadhan, melainkan mereka telah dipilih dan diizinkan oleh Allah SWT. Oleh itu, marilah kita memastikan agar Ramadhan yang sama yang hadir pada tahun ini, memberikan natijah yang berbeza kepada kehidupan kita sebagai seorang Muslim, iaitu lebih baik daripada yang sebelumnya.

Khutbah Rasulullah Menyambut Bulan Ramadhan

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan tahanlah pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saa-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza Wajalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang ; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa-dosamu), maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud kepada-Nya, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul ‘Alamin. Wahai manusia! Barangsiapa di antaramu memberi makan(iftor) kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan ia diberi keampuanan atas dosa-dosanya yang lalu.
Sahabat-sahabat bertanya : Ya Rasulullah, tidakkah kami semua mampu berbuat demikian? Rasulullah menjawab : Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan hanya sebiji kurma, jagalah dirimu dari api neraka walau hanya dengan seteguk air. Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melepasi titian sirat pada hari kaki-kaki lain tergelincir. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa yang menahan kejahatannya di bulan ini, Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa yang menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa yang melakukan solat fardu, baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan yang lain.
Barangsiapa memperbanyakkan selawat kepada-Ku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, ganjarannya sama seperti khatam al-Quran pada bulan-bulan yang lain. Wahai manusia! Sesunguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak menutupnya. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Tuhanmu agar tidak membukanya kepadamu. Syaitan-syaitan dibelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu. Amirul mukminin, saidina Ali karramallahu wajhah berkata : Aku berdiri dan berkata : Ya Rasulullah. Apakah amalan yang utama di bulan ini? Jawab Nabi SAW : Ya Abal Hasan, Amalan yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan oleh Allah.
Petikan dari : PUASA BERSAMA RASULULLAH, Karangan Ibnu Muhammad,Pustaka Al-Bayan Mizan.
Target Saya di Bulan Ramadhan Ini Ialah :

  1. Saya harus qiamullail (solat malam) & witir sebulan penuh
  2. Saya harus melaksanakan solat qabliah & ba’diah setiap waktu
  3. Saya harus solat dhuha setiap hari minima 2 rakaat.
  4. Saya harus khatam al-Quran 2 kali.
  5. Saya harus hafaz juz ’amma semuanya
  6. Saya harus membaca tafsir / terjemahan al-Quran minima 1/3 Al-Quran
  7. Saya harus solat lima waktu dengan berjamaah
  8. Saya harus memberi buka orang yang berpuasa, minima 1 kali dalam seminggu
  9. Saya harus membaca buku Islam, minima 1 buku
  10. Saya harus mampu menahan rasa marah
  11. Saya harus menghilangkan rasa benci, dendam, hasad dengki, dan bersangka buruk kepada semua mukmin tanpa ada yang terkecuali (saya harus memaafkan semuanya)
  12. Saya harus mampu menundukkan pandangan
  13. Saya harus banyak merenung uutuk muhasabah kesalahan-kesalahan diri
  14. Saya harus jujur terhadap diri sendiri terutama sekali terhadap Pencipta saya
  15. Saya harus lenyapkan sifat angkuh, sombong, takabbur, riya’, ’ujub dan sum’ah
  16. Saya tidak akan berbicara kecuali perkara-perkara yang penting sahaja
  17. Saya harus infaq setiap hari walaupun hanya LS 5
  18. Saya harus berusaha melawan godaan syaitan malas yang menggoda semuanya harus saya persembahkan hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. ”Ya Allah, Ya Rabb ! Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan untuk melaksanakan semuanya kerana-Mu Ya Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali hanya dari Engkau Ya Allah !!! Ya Rabbi !!! ”
Tips Khatam Al-Quran
”Baca sedikit tetapi selalu”
· satu juzuk selalunya mengandungi 20 mukasurat, oleh itu :
  • bacalah 4 mukasurat selepas subuh (20 minit)
  • bacalah 4 mukasurat selepas Zuhur (20 minit)
  • bacalah 4 mukasurat selepas Asar (20 minit)
  • bacalah 2 mukasurat selepas Isya’ (20 minit)
  • bacalah 6 mukasurat selepas Tarawih (20 minit)
  • Tuliskan nombor mukasurat setiap kali berhenti membaca di atas sebuah kad @ kertas kecil yang diselit di dalam Al-Quran
  • Bawalah Al-Quran ke mana-mana, yang kecil lebih mudah. Setiap kali ada ruang waktu, buka dan baca dari mana anda berhenti
  • Bagi pekerja pejabat, ambil waktu sarapan pagi (7.30-8.00pagi), waktu minum (10.00-10.30pagi) dan waktu makan tengahari. Bacalah sedikit-sedikit setiap kali
  • Bagi pelajar, gunakan masa rehat, masa tiada kuliah atau kelas, carilah sudut yang tenang dan bacalah Al-Quran
  • Sementara menunggu waktu solat di masjid atau surau, datang awal sebelum azan
  • Pada hari cuti, gandakan bacaan pada waktu pagi, di antara 10.00-12.00 tengahari. Ramai orang berehat sambil menonton TV. Alangkah baiknya masa itu digunakan dengan mencari sudut yang tenang di rumah dan baca Al-Quran
  • Selalu menjaga wudhu supaya boleh membaca Al-Quran bila-bila masa
  • Untuk wanita yang haid, bacalah makna Al-Quran serta tadabbur (perdalami), maknanya dengan membaca tafsir. Ini bermakna kita masih berinteraksi dengan Al-Quran. Jangan tinggalkan langsung Al-Quran.

Khamis, Ogos 28, 2008

PERANAN MAHASISWA PASCA PRU-12

oleh : Mohd Khairul Naim Bin Che Nordin UM
Pasca Pilihanraya Umum Ke-12 memperlihatkan beberapa kejutan. Bermula penguasaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, isu kenaikan mendadak harga minyak, akuan bersumpah Raja Petra berhubung pembunuhan Altantunya Sharibuu dan tuduhan liwat yang dikenakan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Satu persoalan yang biasanya dilontarkan kepada para mahasiswa seperti kebiasaannya. Apa peranan mereka? Kefahaman berkenaan maksud peranan itu sangat penting khususnya kepada gerakan mahasiswa. Mahasiswa yang bijak dan gerakan yang dinamik mempunyai fokus kepada setiap peranan yang dibawa. Perjuangan mahasiswa bukan seperti media massa yang perlu mengupas setiap isu yang dibawa. Adakah dengan setiap kali timbul isu maka setiap kali itulah mahasiswa perlu bertindak dan berperanan? Gerakan mahasiswa bukannya gerakan parti politik. Perlu dibezakan di sini berkenaan maksud politik dengan parti politik. Adakah apabila tiba masanya pilihanraya maka mereka perlu berbondong-bondong turut sama terlibat, tanpa hala tuju dan hanya bertindak mengikut arahan.

Agen perubah Ummah .Sekadar Hiasan

Maksud berperanan di sini ialah berperanan dengan benar-benar memberikan sumbangan dan terlihat hasilnya bukannya membuahkan hasil yang kosong. Oleh sebab itu gerakan mahasiswa perlu mempunyai pemfokusan yang tersendiri, tidak cepat melatah, tidak dipengaruhi oleh golongan luar dan melaksanakan apa yang dirancang. Gerakan mahasiswa akan menjadi gerakan yang kukuh dan jelas perjuangannya apabila mereka mempunyai fokus kepada perjuangan yang dibawa. Perjuangan tersebut pula dilandaskan kepada beberapa peranan asas yang sedia digariskan. Asas penting yang perlu diberikan perhatian ialah pendidikan. Bidang yang dilalui sendiri oleh mereka. Pendidikan sebagai asas utama kepada pembangunan insan inilah yang perlu diperjuangkan oleh mahasiswa. Sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara sekarang dalam melahirkan rakyat yang berakhlak dan berdaya saing? Buku The Politics of Chinese Education mendedahkan kajian bahawa sistem pengajian cina yang paling komprehensif di Asia Tenggara adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia. Hanya 2.1% masyarakat Cina dan 4% masyarakat India menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. SMJKC Gemencheh pula dikatakan mempunyai kekuatan kewangan sebanyak RM5 juta di dalam akaun bank mereka. Bagaimana pula dengan sistem pendidikan agama Islam? Tercapaikah pula hasrat kerajaan untuk mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan belia yang berbilang bangsa dan agama ini? Itu tidak diceritakan lagi berkenaan dasar pendidikan negara yang sering berubah mengikut siapa yang mentadbirnya. Atas asas itulah peranan mahasiswa adalah membaikpulih dan turut sama mengislah sistem pendidikan yang kini berkonsepkan 'exam oriented' semata-mata. Arah gerakan yang ingin dibawa itu terpulang kepada mahasiswa. Sama ada ia berbentuk rundingan, cadangan atau pelbagai kaedah lagi. Apa yang penting isu pendidikan ini perlu diberi perhatian walau banyak mana isu politk membadai negara sekalipun.

Selain itu 12 juta atau 50% penduduk Malaysia terdiri dari belia yang berumur 24 tahun ke bawah manakala 7.7 juta atau 30% penduduk berumur 14 tahun ke bawah. Negara sekarang dipenuhi oleh para belia. Siapa lagi yang perlu bertanggungjawab selain dari mahasiswa, yang turut termasuk dalam golongan ini dan memahami asam garam kehidupan mereka? Pada 8 Ogos hingga September 2007, Merdeka Center for Opinion Research telah mengendalikan satu kaji selidik melalui telefon terhadap 1,508 orang responden dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun yang telah dipilih secara rawak dari seluruh negara. Persampelan dibentuk dengan mengambilkira latar belakang populasi kebangsaan yang dibahagikan mengikut jantina, kaum dan negeri. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan golongan muda di Malaysia mengenai penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik, juga pandangan mereka terhadap pentadbiran kerajaan dan demokrasi.

Harapan Bangsa kepada Serikandi

Keputusan kajian itu menunjukkan secara umumnya golongan muda di Malaysia tidak melihat diri mereka sebagai berkemampuan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat walaupun mereka mengambil berat tentang isu seperti ekonomi, keselamatan umum atau kos sara hidup. Hanya seorang daripada lima orang dilaporkan menjadi ahli pertubuhan. Hampir sebahagian daripada mereka menyertai parti politik atau persatuan belia anjuran kerajaan seperti Belia 4B, Majlis Belia Malaysia atau Rakan Muda. Jika pendaftaran pengundi diambil sebagai indikator kepada penglibatan politik, maka kajian mendapati penglibatannya adalah di peringkat sederhana. Lebih menyedihkan, majoriti kecil golongan muda percaya bahawa tidak banyak yang dapat dilakukan oleh rakyat biasa untuk memastikan kerajaan bertanggungjawab ke atas tindakannya apabila di luar musim pilihanraya. Pandangan ini disokong oleh penemuan lain yang menunjukkan sebahagian besar – tujuh daripada lapan orang – merasakan pegawai kerajaan tidak mematuhi undang-undang. Tambahan lagi, kajian juga mendapati hampir keseluruhan responden percaya bahawa kerajaan terlibat dengan rasuah. Kajian ini tidak menyentuh lagi berkenaan pandangan dan trend belia yang berada di luar negara, jauh dari tanah air dan tidak turut sama berada bersama masyarakat. Mungkin sahaja jawapannya lebih membimbangkan.

Ya Allah... selamatkanlah Mahasiswa yang rindukan keadilan

Oleh itu peranan mahasiswa masa kini ialah dengan memperbaiki trend politik golongan muda sekarang. Kajian di atas jelas memperlihatkan sejauhmana keterlibatan belia dalam politik dan isu semasa. Ia sangat penting kerana merekalah yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Mahasiswa perlu menyedarkan mahasiswa terlebih dahulu sebelum membawa arus perjuangan ke arah yang lebih jauh. Para aktivis mahasiswa lampau juga menekankan kepentingan untuk mahasiswa menumpukan terlebih dahulu kepada apa yang berlaku di alam kampus. Persetankan segala akta yang mencengkam dan menakutkan mahasiswa. Sehingga kini tiada kes yang benar-benar boleh mengancam status mereka di universiti. Paling besar adalah isu penangkapan saudara Fuad Ikhwan ke dalam ISA berhubung tragedi pembakaran DTC di UM. Itupun dilepaskan dan tiada tindakan keras diambil.
Yang perlu diingati ialah mereka tidak boleh bergerak berseorangan. Rasulullah dan para anbiya' terdahulu pun mempunyai kumpulan dan jemaah masing-masing yang turut sama berjuang menyebarkan Islam. Gerakan mahasiswa kini bukannya layu dan lesu seperti yang diperkatakan oleh ramai pihak. Yang layu dan lesu itu adalah majoriti mahasiswa yang berada di luar lingkaran tersebut. Jika mereka benar-benar layu maka tiada kedengaran selama ini perjuangan untuk memansuhkan AUKU, tiada yang berani mencabar Pak Lah dan KPT dengan menubuhkan Parti Mahasiswa Negara, dan tiadalah demonstrasi besar kerana kebanyakan perhimpunan di ibu kota kebiasaannya diramaikan oleh golongan ini. Cuma gerakan mahasiswa perlu memberi tonik kuat kepada rakan-rakan mereka yang lain. Agar mereka bangkit dan bingkas bangun dari kelesuan sekarang. Gerakan pula perlu bersifat realiti dan dinamik. Jangan statik kecuali pada dasar dan prinsip perjuangan. Sejarah pemikiran terhebat adalah kemampuan sesuatu golongan itu memobilasi massa sehingga massa tersebut memahami dan melaksanakan apa yang dilaungkan. Jadikan universiti sebagai medan latihan sebelum benar-benar berpencak di luar kelak. Gerakan mahasiswa sekaranglah yang akan mewarnai gerakan demokrasi dan kepimpinan lima ke sepuluh tahun akan datang.

sekadar hiasan

Teruskan mengempur Mahasiswaku...

Selasa, Ogos 05, 2008

Sadisnya cinta IPAS....

Oleh : Srikandi e-skuad
Baru-baru ini Ikatan Pelajar Asean Syria(IPAS) telah menganjurkan hari kebudayaan dan kesenian Pada hari Khamis,31Julai 2008 bersamaan 27 Rejab 1429.Pada tahun ini,program ini dikepalai oleh Persatuan Pelajar Singapura yang menjadi tuan rumah bagi sesi ini telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu. Bagi saya inilah kali pertama saya menghadiri program hari IPAS semenjak berada di bumi Syam. IPAS merupakan gabungan 4 negara Asean yang terdiri daripada Negara Malaysia, Singapura, Patani dan Indonesia. Istimewanya hari IPAS ini kita boleh lihat sendiri semua orang dapat hadir memberikan komitmen terbaik semata-mata ingin melihat persembahan dari empat Negara ini. Perasan tak? kebanyakan muka-muka yang tak pernah kita lihat sebelum ni muncul pada malam tu. Kusangkakan mereka ni dari negara lain, rupa-rupanya anak Malaysia. Ajaibkan…program macam ni boleh pulak bagi komitmen , nak ajak pergi talaqi dan program-program persatuan bukan main susah lagi.Tak taulah pulak kalau tak berdaftar sebagai ahli. Apapun syabaslah buat IPAS kerana berjaya menganjurkan program seterusnya dapat mempertemukan semua anak-anak Asean.
Ala kulli hal, apa yang ingin disentuh mengenai hari IPAS kali ini yang dirasakan tidak enak dipandang dan pada pandangan saya program ini kurang memberi makna di hati anak-anak Asean. Apa tidaknya, apabila dijemput persembahan nasyid wakil dari negara Indonesia muncul seorang gadis di pentas secara tiba- tiba menyanyikan lagu “ ayat- ayat cinta ”.Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penonton terutamanya di kalangan pelajar akhwat(perempuan) dan syabab(lelaki) menyebabkan segelintir penonton bertindak serta merta keluar dewan sebagai tanda memboikot persembahan tersebut. Di sini, saya tidak menyalahkan pelajar Indonesia kerana saya sendiri telah difahamkan proses ini bukanlah melalui prosedur yang dipersetujui daripada Persatuan Pelajar Indonesia, malah mereka sendiri tidak mengetahui perancangan persembahan tersebut. Namun saya yakin rata-rata yang hadir pada malam itu jelas mempamerkan ketidakpuasan hati mereka terhadap persembahan tersebut.
Justeru itu, pengarah program terlebih dahulu perlulah memastikan setiap unit yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dengan sebaiknya supaya tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya .Walaupun Singapura menjadi tuan rumah, tetapi harus diambil perhatian oleh pengarah program selaku wakil Malaysia yang biasa mengendalikan program seperti ini supaya sama-sama menghormati akhawat-akhawat kita yang rasa teramat malu dengan persembahan tersebut. Saya yakin kebanyakan yang hadir pada malam itu adalah golongan pelajar agama yang semestinya mengetahui hukum suara wanita di sisi syara’. Jangan kita samakan pelajar aliran agama dengan yang tidak belajar agama.
Tema hari IPAS kali ini ialah "CINTA". sadisnya cinta IPAS...hanya itu yang mampu terluah tatkala selesainya majlis. mungkin tema yang dibawa kali ini kurang menyengat jiwa pejuang menyebabkan semua penonton terkulai dan terkedu bilamana mendengar nyanyian wanita tersebut lalu kerana terlalu 'cinta' akhirnya majlis yang dijangkakan mampu memberi sentuhan emas akhirnya tercemar dengan nyanyian seorang wanita.
Apalah salahnya jika IPAS membawa objektif yang lebih memfokuskan tentang tanggungjawab mahasiswa Islam masa kini.Tentang method dakwah yang berkesan kepada masyarakat kelak apabila kembali ke tanah air masing-masing. Membincangkan masalah ummah secara serius dan matang, memandangkan kehadiran ahli setiap tahun begitu memuaskan maka dikesempatan ini kita boleh mengambil peluang mendedahkan kepada semua anak-anak Asean agar kita semua dapat menjiwai dan mendalami hati perjuangan sahabat – sahabat dari Patani khususnya. Perjuangan mereka dalam membela Islam yang suci menuntut hak-hak yang telah dirampas dan ditindas oleh pemerintah yang zalim.Ketakutan mereka, kebimbangan mereka.. adakah kita pernah berfikir untuk mereka? Adakah kita, bersama-sama di dalam perjuangan mereka atau sekadar suka-suka saja.Perkara-perkara sebeginilah yang sepatutnya diketengahkan dan diutamakan. Semoga persembahan hari IPAS akan datang berlainan dengan apa yang telah disembahkan sebelum ini. Banyakkan mesej-mesej yang menyentuh keinsafan, perjuangan dan sebagainya yang sesuai dengan peringkat kita selaku mahasiswa Islam di Asia Barat. Walaupun program tersebut telah berlalu, namun saya rasa bertanggungjawab menyampaikan suara hati ini dan atas dasar nasihat-menasihati sesama kita demi kemaslahatan bersama bukannya atas dasar menghentam atau mengutuk di belakang. Apa yang salah perlulah dibaiki bukannya mencarai siapa yang salah.
Akhirnya saya berharap pada masa akan datang pihak yang berkenaan dapat membuat sesuatu perubahan ke arah pembangunan jiwa. Segala pengisian yang langsung tidak bermanfaat dan lebih menjurus kepada budaya lagha mestilah ditolak. Berhibur tiada salahnya tetapi biarlah kena pada tempatnya.Bukannya saya menolak persembahan kebudayaan setiap negara cuma, apa yang dipersembahkan mestilah ada intipati ataupun input dan pengajaran yang boleh diambil teladan bersama lebih-lebih lagi kita di bumi Syam ini sebagai “ Tolib ilim” syariah. Sama-samalah kita fikirkan….Wallahua’lam

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Oleh: Srikandi e-skuad
Sabtu,2 OGOS 2008 telah perginya sebutir permata. Puan Hamidah Binti Daud telah kembali ke rahmatullah setelah tiba di tanahair selepas beberapa hari di Indonesia untuk menjalankan tugas dakwah bersama sahabat-sahabat seperjuangan.Beliau yang memegang jawatan sebagai ketua penerangan dewan muslimat PAS Terengganu sangat aktif dalam menyumbangkan tenaga kepada jemaah PAS dari peringkat usrah cawangan sehinggalah DUN. Di sini Srikandi e-skuad ingin mengajak untuk sama-sama kita bermuhasabah terutamanya kepada sahabat-sahabat seperjuangan muslimat pas agar kita dapat mencipta satu demensi baru untuk sama-sama kita melahirkan 1000 lagi puan Hamidah dalam menjana keperkasaan pewaris perjuangan ini.Jika kita fahami, perjuangan ini tidak pernah berhenti sehinggalah ajal maut datang menjelang.Usia yang berbaki di dunia ini jadikanlah sebagai ladang segala amalan kebaikan dan kebajikan untuk kita menuai hasilnya di akhirat. Beliau yang juga yang mesra di kenali“kak dah“merupakan ibu kepada sahabat seperjuangan srikandi e-skuad. Semoga kalian sekeluarga tabah menerima ujian ini…Al-Fatihah.

Hikmah di sebalik Peristiwa Isra' wal Mi'raj….

oleh : anissuria08

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah kami berkahi sekelilingnya untuk kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui". (Q.S. al-Isrâ’ [17]: 1).
Dalam setiap peristiwa yang terjadi di alam ini pastilah ada hikmahnya, walaupun itu tersembunyi dan belum diketahui banyak orang. Setidaknya dari peristiwa ini, kita boleh mengambil hikmah. Pendapat dari Mutawalli asy-Sya’rawi bahwa hikmah yang paling esensial dari hikmah Isra’ dan Mi’raj secara global mengandung tiga dimensi:
pertama: Allah s.w.t hendak menunjukkan kepada Rasulullah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya yang paling besar.
Kedua, untuk membuktikan kebesaran-Nya kepada Muhammad s.a.w. agar ia tetap kukuh melaksanakan tugas kenabiannya.
Ketiga, untuk menerima tugas yang paling mulia dalam ritus ibadah dan ubudiyah seseorang muslim yang berupa solat lima waktu, dimana merupakan media yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla (asy-Sya’rawi, 1980: 135).
Hikmah-hikmah lain yang boleh kita ambil juga ialah:
Pertama, sebagaimana tercermin dari ayat pertama yang dimulai dengan ‘tasbih’ subhâna [Maha Suci] maka dalam sebuah kepemimpinan, hal pertama yang harus dilerakukan adalah menjaga integritas moral (akhlak al-karimah) dan kesucian diri dengan berzikir,bertasbih kepada-Nya. Ini akan diaplikasi dalam kehidupan seharian.
Kedua: Hendaklah kebijakan seorang pemimpin tertanam di dalam hati dan keperluan (rakyat) yang dipimpinnya. Dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj, hal itu telah diteladankan oleh Nabi s.a.w. ketika ia (turun) ke bumi setelah bertemu dengan Allah s.w.t. Padahal pertemuan dengan Allah adalah cita-cita dan tujuan umat manusia. Kembalinya Rasulullah ini dimaksudkan untuk menyelamatkan nasib umat manusia (rahmatan lil’alamin). Maka dalam konteks ini, kebijakan yang mutlak diperlukan. Sebagaimana kaidah fiqh yang mengatakan, tasharrufu al-imam ‘ala ar-ra’iyyah manutun bi al-mashlahah (kebijakan seorang pemimpin terhadap rakyatnya bergantung kepada kemashlahatan) (al-Nadhwi, 1998: 124)
Ketiga: Amanat Rasulullah saw dari peristiwa ini adalah untuk menegakkan solat lima waktu. Pada dasarnya shalat mengajarkan kita tentang prinsip-prinsip kepemimpinan, yakni hubungan di antara manusia (‘abdun) kepada Tuhannya dan antara manusia dengan sesamanya.
Keempat: Kepemimpinan dalam solat tercermin dengan adanya seorang imam, jika shalat tersebut tidak dilaksanakan sendirian. Makmum (pengikut/ rakyat) diharuskan menegur (dengan cara tertentu) apabila imam melakukan kekeliruan dalam kepemimpinannya. Bahkan, apabila makmum membiarkan imam melakukan kekeliruan (dengan tanpa kesengajaan) maka makmum-lah yang menanggung dosa dan kesalahannya. Pesan intinya adalah ashlih nafsaka wad’û ghairaka (perbaikilah dirimu, dan ajaklah (juga tegurlah) orang lain untuk berbuat baik). Wallahu a’lam bi ash-shawâb.

Isnin, Julai 28, 2008

Formula e-skuad: Sampai dan sebar (SDS)

((قال البني صلى الله عليه وسلم: ((بلغوا عني ولو آية
Maksudnya: "Sampaikanlah oleh kamu dariku walaupun satu ayat (satu bab ilmu)". Melihat kepada kepentingan penyampaian maklumat dan fikrah dengan berkesan, e-skuad tampil dengan mengemukan satu formula yang diberi nama sampai dan sebar (SDS). Sebagai alternatif kepada ahli dan para pengunjung untuk menyampaikan maklumat dan fikrah dari blog e-skuad ini kepada madd`u yang berada diluar sana. Atau kepada rakan siber yang lain. SDS ini adalah satu kesinambungan kepada tugas para nabi dan sahabat terdahulu. Dalam menyampaikan perintah dan risalah dari Tuhan kepada umat manusia. Berdasarkan dalil dari kitab Al-Quran:
(( قال الله تعالى: (( يآيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك
Maksudnya: : "Wahai Rasulullah…sampaikan apa yang diturunkan kepda kamu dari TuhanMu…" Untuk melihat sejarah kewujudan formula ini. e-skuad lampirkan beberapa contoh peristiwa yang diarkibkan dalam lipatan sejarah ketamadunan Islam. Diantara peristiwa yang tercatat dalam sejarah adalah seperti mana yang difirmankan oleh Allah Taala dalam surah Al-Muddatstsir: 1-3:
((قال الله تعالى: (( يآيها المدثر* قم فأنذر* وربك فكبر
Maksudnya: "Wahai Orang yang berselimut* bangunlah, lalu sampaikan (berilah) peringatan! * dan Tuhanmu agungkanlah". Ayat ini diturunkan oleh Allah keatas Nabi Muhammad ketika beliau masih berada dalam ketakutan selepas peristiwa di Gua Hira`. Juga peristiwa yang berlaku pada akhir tahun 6 dan awal tahun 7 Hijrah. Nabi Muhammad mengutuskan para diplomasi dan duta keseluruh pelusuk Tanah Arab dan sekitarnya. Untuk mengajak ketua kerajaan dan presiden sebuah Negara untuk memeluk Islam. Antara diplomasi dan duta Nabi adalah: Nama Diplomasi atau Duta Ketua Negara Dihya` Al-Kalbi Kisra Abarwaiz di Raja Parsi Abdullah bin Huzaifah Al-hasymi Hiraqla di Rom Amru bin umayyah Al-Hahdramy Raja Najasyi di Habsyah (Etiopia) Hathib bin Abi Balta`ah Muqauqis Raja Mesir Oleh yang demikian, e-skuad mengasaskan formula ini adalah sebagai duta dan agen penyampaian maklumat dan fikrah kepada ahli dan pengunjung. Penyaluran SDS ini boleh difahamkan seperti pembahagian berikut: v e-skuad sampaikan kepada ahli, ahli sebarkan maklumat dan fikrah e-skuad. v Sampai kepada ahli, ahli sebarkan kepada Madd`u (pihak ke-3). v Sampai kepada madd`u (pihak ke-3), madd`u (pihak ke-3) akan sebarkan kepada pihak
ke-4 dan seterusnya. Cara ahli dan pengunjung menyampai serta menyebarkan maklumat dan fikrah e-skuad adalah: v Selalu layari blog e-skuad untuk mendapatkan maklumat dan fikrah terbaru. v Save Askan atau copy page semua maklumat dan fikrah e-skuad dalam USB, MP3, MP4 dan sebarkan melalui email kepada teman-teman. v Print atau fotostap serta sampai dan sebarkan kepada teman-teman. v Diskusi dan bincangkan maklumat serta fikrah e-skuad bersama teman-teman.
e-skuad bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan fikrah e-skuad, ahli dan pengunjung berperanan untuk menyampaikan semua dari e-skuad kepada mereka yang di dalam dan di luar alam siber. "Pelajaran perlu disampaikan dengan cara yang paling kreatif, menarik dan menyeronokan. Anda perlu banyak idea untuk menyampaikan idea. Anda tidak boleh bertindak sebagai seorang penysarah yang jumud. Kaedah penyampaian anda perlu menarik dan memukau." Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj. e-skuad mengharapkan ahli dan para pengunjung blog ini mendapat maklumat dan fikrah yang terbaik dari e-skuad serta sampai dan sebarkan kepada teman-teman yang lain. Jadilah ia sebagai satu saluran untuk menambah ilmu dan fikrah dalam mengharungi lautan tsunami duniawi ini.
((قال الله تعالى: (( إنا أرسلناك بالحق بشيرا ونذيرا وإن من أمة إلا خلا فيها نذير
Maksudnya: " Sesungguhnya kami mengutus kamu dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tak ada suatu umat, melainkan telah ada seorang pemberi peringatan di antara mereka" "Terkadang kita tak boleh salahkan lauk yang tak sedap sebab bukan api penyebabnya, bukan resipi penyebabnya, tapi cara menyediakannya yang tidak dibancuh oleh kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi." @Hak cipta terpelihara: e-skuad formula

Jumaat, Julai 25, 2008

Muzakarah: Selesai...dengan Wala' dan Taat

Oleh moyser" SELESAI!! BismilLah,wassolatu wassalamu ‘ala saiyyidina Rasulillah,wa ‘ala alihi wa ashabihi wa man nasarahu wa walahu, amma ba’du; Salam ISLAH, Saya kira hiruk pikuk yang berlaku dengan isu muzakarah telah mendapat kata putus untuk ditaati dan diberikan wala’ oleh semua anggota gerakan Islam seumpama PAS. Bila Majlis Syura Ulama’ telah membuat ketetapan bahawa pertemuan UMNO-PAS hendaklah diteruskan maka tiada boleh ada lagi suara-suara di belakang yang berbunyi. Jika masih berbunyi juga pun maka itu sudah tentu datangnya dari bukan ahli PAS dari ahli yang tidak pernah mengikuti tarbiyah PAS dan kemungkinan juga dari Pimpinan yang naik tanpa melalui proses pentarbiyah (hanya kerana suka tonjolkan diri atau pandai bersyarah). Majlis Syura Ulama’ yang bersidang di Kota Bharu pada 23 Julai 2008 telah bersetuju dengan pertemuan atau muqabalah PAS dengan UMNO atas beberapa kepentingan tertentu yang ada di antaranya sudah tentulah boleh didedahkan kepada ahli dan ada yang perlu dirahsiakan. Tentu juga ada di kalangan pihak-pihak yang cuba nak jadi hero akan mendesak supaya apa yang tak patut diceritakan itu didedahkan segera kepada umum atas dasar ketelusan. Bagi saya, inilah sikap munafiqun sepanjang zaman, menyuburkan keraguan dan membangkitkan rasa tidak percaya kepada pimpinan serta mencetuskan perbalahan di kalangan ummah. Kita diajar oleh Al Quran dan Al Hadith supaya memberikan thiqah kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada apa jua keputusan kepimpinan. Di sinilah asas kesatuan dan kekuatan serta perpaduan di kalangan umat ini. Setelah mereka disatukan dengan tauhid, mereka diperkukuhkan pula dengan pimpinan yang mengajak kepada bersatu di bawah naungan wahyu Allah dan petunjuk nabawi. Firman Allah SWT :“Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.” Surah Al Anbiya’ : 92 Ketaatan dan memberikan wala kepada pimpinan adalah asas kesatuan. Dengan keduanyalah dapat disatukan pelbagai pandangan dan kecenderungan di bawah panji ketaatan yang tinggi serta membuahkah kesatuan tindakan. Dengan wala’ ketaatan juga dapat diseimbangkan kepelbagaian dalam tindakan, yang laju,sederhana dan perlahan dalam gerak kerja dapat disatukan serta ‘dikawal’ dengan ketaatan. Saya sebutkan dalam posting terdahulu bahawa, kita selalu diuji dengan keputusan pimpinan. Namun sekarang, tibalah waktunya kita memberikan wala’ sepenuhnya tanpa banyak bicara lagi. Mungkin ada yang berkata, kenapa Syura lambat sangat bertindak?. Kenapa sebelum ini ada percanggahan antara kenyataan Mursyid Am dan Presiden.?. Jawapannya adalah kerana isu ini telah dibocorkan dan disebarkan kepada umum dengan mendahului tindakan pimpinan. Atau dengan kata lain, pengkhianatan yang berlaku dalam PAS yang menyebabkab berlakunya kebocoran perkara yang tak patut bocor. Di sinilah letaknya kepentingan tarbiyyah dalam PAS. Sayangnya semua ini terabai. Belum pernah saya dengar berlakunya program tamrin atau apa jua bentuk program tarbawi di kalangan pimpinan ‘atas’ dalam PAS. Mungkin usrah juga telah lama ditinggalkan. Kalau adapun , apa yang dinamakan usrah tepi jalan atau usrah sambil-sambilan yang langsung tidak ada keseriusan. Maafkan saya dalam hal ini. Kita kekurangan anggota yang suka berterus terang, maka saya gagahkan diri saya untuk berterus terang. Inilah hakikatnya, apa yang nak di kata. Kalau markaz tarbiyyah PAS Pusat pun terabai agak lama atas alasan baik pulih, maka kalau karkaz tarbiyyah di peringkat cawangan beku pun , apa yang nak kita kata lagi?.Dalam hal beberapa pimpinan yang telah mendahului dengan bertemu Pak Lah, ini soal beberapa kuasa veto pimpinan atas yang kita kena akui. Kalau besar taik kuku pun takdak kuasa veto dalam membuat keputusan, pimpinan apa namanya tu. Berilah kepercayaan kemudian berlapang dadalah. Waktu al Marhum Ustaz Fadhil segera bertemu Dato’ Seri Anwar sewaktu di awal pemecatan Anwar dahulu pun Ustaz Fadhil dihentam kerana telah mendahului parti. Namun beliau minta supaya parti kena beri kepercayaan kepada dia dan sudah tentu katanya dia ada sedikit kuasa untuk buat keputusan yang diyakini menguntungkan parti di waktu itu. Banyak sungguh suara hentaman pada waktu itu, namun akhirnya?. Kesemuanya pakat akui manafaatnya pertemuan dan ziarah awal tersebut kepada survival politik PAS. Tak gitu?Saya sangat bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa kita kena bersedia untuk menerima kelemahan pimpinan kita. Dengan itu, apa jua yang berlaku kita akan tetap terus kekal istiqamah. Lainlah jika sekiranya, berlaku pengkhianatan dalam perkara dasar. Manusia selain Nabi tidak ma’sum. Tetapi jika pimpinan memimpin dengan wahyu dan nasihat syura ulama’ maka yakinlah dengan kebenaran mereka dan berlapang dadalah. Dan yang pasti menyentuh jiwa dan membetulkan semua perkataan jahat mana-mana pihak sekalipun termasuk kenyataan sebahagian pimpinan PAS sendiri ialah apa yang diperjelaskan oleh Tuan Guru al Mursyidul 'Am PAS mengenai muqabalah/pertemuan PAS-UMNO. Kata TGNA : "Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS. "Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu," Selesai! Dipetik daripada http://jihadtegakislam.blogspot.com

Ahad, Julai 20, 2008

Konsert Inul: Kenyataan Srikandi e-skuad

Srikandi e-skuad menyokong penuh bantahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Putrajaya terhadap konsert goyang gerudi inul yang dijadualkan pada 27 Julai 2008 ini. Harian Metro 19 Julai melaporkan pada asalnya konsert ini dijadualkan di Stadium Haji Hassan Yunus,Larkin Johor bharu dibatalkan disebabkan tidak mendapat kelulusan permit dua hari daripada pejabat daerah Johor Bharu.
Walaubagaimanapun konsert ini akan tetap diteruskan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini. Apa yang dibimbangi, sekiranya konsert ini benar-benar berlangsung seperti yang dijadualkan, ini akan memburukkan lagi imej pakatan rakyat dan ada kemungkinan pembatalan konsert di Larkin Johor sesuatu yang disengajakan dan dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk menyerang negeri-negeri pakatan rakyat. Perhimpunan protes yang lalu gagal mencapai objektifnya telah mencemarkan nama baik pakatan rakyat dan memberi satu tamparan hebat kepada PR. Dalam debat khas antara DSAI dan Shabery cheek minggu lalu yang mana walaupun beliau banyak menyerang peribadi DSAI,tetapi perlu diingat beliau ada mengungkapkan pakatan rakyat menganjurkan ‘konsert yang tak senonoh’ semasa menentang kenaikan harga minyak. Ini sudah tentu memberi kesan terutamanya kepada sesiapa yang menyaksikan adegan yang memualkan semasa protes berlangsung dan kesilapan ini perlu diakui dan jangan diulangi. Adalah tidak mustahil konsert yang cuba diadakan ini berunsurkan konspirasi jahat pihak tertentu bagi memburukkan hubungan pakatan rakyat. Sehubungan itu PR selangor diingatkan agar lebih berhati-hati dalam menentukan keputusan dan adalah lebih baik dengan membatalkan sahaja konsert yang bakal diadakan ini kerana melihat impak yang lebih buruk bakal menimpa masyarakat kita terutamanya anak-anak muda yang sudah diambang keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial yang tidak terkawal.
Agama Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya menganjurkan konsert yang membawa kepada kelalaian dan lagha serta menyebabkan manusia lebih cenderung kepada hiburan daripada beramal dengan Islam. Jika hiburan yang sedia ada sekarang ni pun banyak menyumbang kepada keruntuhan nilai-nilai murni maka apatah lagi jika dihidangkan dengan konsert sebegini yang akan mengundang kemurkaan Allah dan lebih parah menjauhkan pemuda-pemudi remaja Islam dari terus mengingati Allah. Apabila agama kian ditinggalkan, syariat Allah dilupakan hukum- hakam dimain-mainkan maka tunggulah bala Allah yang bakal menimpa.
Justeru itu, Andainya, konsert ini benar-benar berlangsung maka tidak ada bezanya antara BN/UMNO dan PR. Kalau kita boleh menolak Mas Idayu dan Ella,mengapa tidak inul gerudi ini yang imej dan geleknya lebih dahsyat daripada mereka berdua.apa yang berlaku hari ini bukan sahaja berkait dengan soal kenaikan harga minyak yang melambung tinggi, bahkan lebih dahsyat lagi jika wabak dan virus hiburan yang tidak ditapis dan disekat menyebabkan keimanan kita terus bergoyang. Kenapa menjemput penyanyi gelek dari warga luar yang jelas tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada warga kita apakah tidak cukup gejala maksiat yang sedang berlumpur di dalam Negara kita sehingga sanggup membelanjakan wang yang tinggi semata-mata memenuhi konsert goyang tersebut yang dibayar dengan tiket bernilai RM 50 dan RM 100.
Rentetan daripada itu, Mas Adam sempat merakamkan “ Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar.“Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah,” katanya. itulah ungkapan yang amat malang sekali bilamana si jahil bersuara mengatakan apa yang berlaku adalah ujian keimanan buatnya. Jahil terhadap kesalahan yang dilakukannya sehingga boleh mempersoalkan ‘apa salah saya’. Inilah ajaran Islam Hadhari yang membawa kecelaruan dan keraguan sampai si inul sendiri boleh tidak tahu apa kesalahan yang dilakukannya. Oleh itu, Adakah kita masih mampu berpeluk tubuh dan turut menyokong konsert ini diadakan? Apakah kita sanggup melihat saudara-saudara kita dirosakkan atau kita sama-sama membantah dan menolak konsert ini..apa yang ditunggu-tunggu oleh penyokong PR adalah tindakan yang akan diambil selepas ini sama ada tragedi menyedihkan bakal berulang atau PR lebih tegas pada prinsip perjuangannya yang tidak sama dengan BN dan UMNO. Srikandi e-skuad menyeru kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini dengan sama-sama membantah konsert ini.Jom Boikot konsert Inul!