Sabtu, Julai 19, 2008

Isu Tuduh Liwat & Zina

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/
Seminggu berlalu tanpa sebarang entry baru di zaharuddin.net. Bukan tidak sempat tetapi mood menulis yang agak menurun disebabkan pelbagai urusan di sini. Isu-isu semasa di Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan Mufti Perlis dalam isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengetuk keyboard Sony Vaio ini untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.
S.S Dr Mufti Perlis dinyatakan berkata :- "Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri. "Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham? "Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi." ( Sumber )
Tidak mengulas panjang isu ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini. Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang lalu di link berikut
Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?.
Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.
Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.
Kesimpulannya, begini :- 1- Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas. 2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut) 3- Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik. 4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya. 5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini. 6- Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya. 7- Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar. Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 15 Julai 2008 Wales, United Kingdom

Selasa, Julai 15, 2008

R.A.H.M.A.H

Oleh notan"
Assalamualaikum,,,..Selawat dan Salam ke atas Junjungan..,,
Teori R.A.H.M.A.N kini tergugat.Perkembangan muktakhir menyaksikan kemelut yang tidak menyebelahi "N" untuk mengambil laih tapuk peneraju negara.Teori R.A.M.A.N. dalam bahaya dan menggusarkan UMNO keseluruhannya.Pengacau pengacau teori ini kelihatan dari luar dan dalam UMNO.Di dalam UMNO ada KU LI si GHURKA dan ada Muhyiddin Yassin yang kelihatan menjadi pengacau "N" yang diharapkan menjadi pelengkap kepada teori R.A.H.M.A.N.Dari luar pula kelihatan kelibat yang menggerunkan DSAI yang semakin garang menyerang "N".
DSAI di lihat pengacau yang paling GAH kepada cita cita "N" untuk melengkapkan teori tersebut. Perkembangan terakhir ini dengan jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana kemelut yang melibatkan DSAI dan "N"."N"yang semakin tergugat nampaknya mencuba habis habisan kearah merealisasikan teori R.A.H.M.A.N tersebut.
Namun di satu arus gelombang yang lebih "low profile" kelibat seorang lagi pemimpin yang lebih GAH muncul sebagai pengganggu teori R.A.H.M.A.N. atau lebih tepat, menjadi igauan kepada "N".Beliau ialah "H" yang dirujuk kepada TGHH.Ada kemungkinan "H" mendapat laluan untuk menjadi PM ke 6 negara.Kekuatan arus gelombang yang "low profile"ini semakin disedari hatta oleh DSAI sendiri.
Oleh itu kalau "N" dalam teori R.A.H.M.A.N diganti dengan "H" maka teori baru PM malaysia akan menjadi teori R.A.H.M.A.H.
Takbir......... "
>>>JUST A LANGUAGE GAME, HANYA ALLAH YANG BERKUASA MENENTUKANNYA

Isnin, Julai 14, 2008

TGHH: BAKAL PM NEGARA?

Oleh notan"
Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan..,,
Satu ketika dulu TIME megazine pernah meramalkan bahawa TGHH bakal menjadi PM Malaysia (tak silap ana tahun 2012 dikatakan tahun yang menyaksikan TGHH menerajui Malaysia).Perkembangan muktakhir ini menampakkan beberapa tanda positif ke arah itu.Tuduhan liwat ke atas DSAI yang memungkinkan DSAI akan ditangkap semula, penerimaan meluas masyarakat Cina dan India terhadap PAS serta wawasan dan pandangan jauh TGHH memperlihatkan kemungkinan betapa satu hari nanti TGHH akan menerajui Malaysia.Malah lebih awal dari tahun 2012.
Selepas pilihanraya yang menyaksikan PAS dinafikan kemenangan di banyak kawasan parlimen dek penipuan SPR dan BN, PAS menerusi gagasan PR dilihat tersisih oleh kelantangan PKR dan DAP.Situasi ini menimbulkan banyak rasa kurang senang dengan sikap TGHH sebagai presiden PAS.TGHH dianggap hilang kewibawaannya dengan membiarkan DSAI bersama PKR bermaharajalela dan membiarkan DAP naik tuncang.
Tetapi wawancara terbaru TGHH menjawab segalanya.Mesej jelas dari wawancara tersebut menyentuh mendaulatkan ISLAM sebagai carahidup dan menghormati ISLAM sebagai agama resmi negara.Mesej ini jelas ditujukan kepada kawan dan lawan.Anotasi tegas dari TGHH membuktikan beliau masih seperti dulu dan akan seperti dulu selama hidupnya.Tidak ada apa yang dapat memisahkan dirinya dengan perjuangan menegakkan ISLAM sebagai carahidup.Tidak DSAI atau sesiapa sahaja yang boleh menggugat prinsip perjuangannya.
Hari ini apabila perjuangan refomasi diteruskan oleh DSAI dan PKR,TGHH nampak terkebelakang malah sedia memberi laluan kepada DSAI mengambilalih tapuk pemerintahan negara.Itulah yang diharapkan oleh majoriti rakyat dari semua kaum.DSAI sebagai seorang yang mempunyai pengaruh global dan pengalaman menguruskan negara dilihat calon paling sesuai untuk jawatan PM sebagai menggantikan PM sekarang yang ternyata gagal memancu negara ke arah kecemerlangan,kegemilangan dan keterbilangan.
Tempoh ber"khalwat" TGHH nampaknya banyak memberi beliau kelebihan.Seorang pemimpin yanng tidak dapat dikaitkan dengan sebarang salah laku selain kafir mengkafir yang diada adakan.Sikap berdiam diri ini walaupun mengundang beberapa suara sumbang mengutuknya tetapi secara tidak sedar telah mempengaruhi rakyat kebanyakan.Hari ini semakin ramai yang mula menyedari keperibadian TGHH yang memiliki kualiti yang telah lama dihidu oleh wartawan TIME megazine.Ramai yang mula menaruh keyakinan TGHH mengambil alih jawatan PM.
Bagi rakyat marhain, soal samaada DSAI atau TGHH yang bakal dinobatkan sebagai PM tidak menjadi satu masalah kerana rakyat marhain dapat menerima kedua duanya.Namun kemelut yang melibatkan DSAI yang dituduh liwat kali kedua mungkin menyukarkannya untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.Pada ketika inilah rakyat marhain percaya bahawa orang paling layak menggantikan DSAI ialah TGHH.
Sesungguhnya manusia hanya merancang,ALLAH jua menentukannya."

Pindaan AUKU diputuskan minggu ini

SEPANG 13 Julai - Pindaan beberapa perkara dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bakal diputuskan dalam sidang Dewan Rakyat minggu ini, setelah Kabinet bersetuju untuk meminda akta tersebut.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara perkara utama yang akan diperbahaskan dalam pembentangan itu ialah mengenai kebebasan pelajar yang sering dipolitikkan oleh beberapa pihak.
Katanya, perbahasan mengenai pindaan AUKU itu akan dibuat pada pembentangan minggu ini jika sempat dan jika tidak, selewat-lewatnya bulan depan.
''Akta ini selalu dipolitikkan oleh pelbagai pihak terutama mengenai kebebasan pelajar. Kita tidak halang jika ia membabitkan kecemerlangan pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjaya Bagi Pemimpin Malaysia Akan Datang di sini hari ini. Khaled bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pindaan kebebasan pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik.
''Saya tidak mahu mengulas lanjut, tunggu apabila saya bentangkan di Parlimen minggu ini dan sesi perbahasan mengenai perkara-perkara yang akan dipinda.
''Tetapi kita harap pelajar dapat fikir mana yang elok untuk mereka jika mereka libatkan diri dalam politik," katanya.
Sementara itu Khaled berkata, penstrukturan semula caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
Khaled berkata, kementerian hanya menunggu keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan serta beberapa pihak lain setelah meneliti semua cadangan dan pandangan mereka. ''Kami hanya menunggu keputusan daripada Majlis Fatwa dan kita harap penghujung Julai ini kita akan ketahui," katanya.
Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian.
Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Setakat ini, terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion. Sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.

2010 terlalu lewat

Bukan 2010, Pak Lah wajib berundur selewat-lewatnya esok. Esok pun sudah dikira terlalu lewat. Kita mempunyai kurang dari dua bulan untuk menyelamatkan Malaysia dari tsunami ekonomi. USD dijanggka akan jatuh menjunam selaju 500km sejam ekoran langkah yang akan diambil oleh China. Sejurus selepas olimpik China akan menukar seluruh transaksi dagangan ke euro. Tindakan ini pastinya membunuh USD yang telah sedia tenat. Apa kena mengena dgn ekonomi Malaysia?Analoginya cukup mudah. Jika seseorang berhutang USD100 pada 2 tahun yang lepas,jumlah yg perlu dibayar hari ini jauh lebih rendah berbanding bayaran yg dibuat pada 2 tahun yang lepas. Begitu juga halnya dengan Malaysia. Jumlah bayaran yg diterima dari negara-negara yg mengimport barangan Malaysia jauh lebih rendah pad hari ini berbanding ketika barangan itu diimport. Keadaan akan bertambah parah apabila USD menjunam terutama selepas olimpik 2008. Sekiranya tidak ada tindakan drastik untuk menukar keseluruhan transaksi Malaysia ke euro atau atau kedalam bentuk lain yang lebih tetap nilainya seperti emas ekonomi negara akan lumpuh selepas dua bulan. Ini bukan cerita dongeng layari internet dan dapatkan maklumat yang sepatutnya. Sehingga saat artikel pendek ini ditulis kabinet Pak Lah dan segala jentera ekonomi negara masih tidak mengambil apa-apa tindakan yang kukuh untuk mengatasi tsunami ini.

Jumaat, Julai 11, 2008

Azhan Atan

Sudahkan anda menonton program realiti TV baru di TV9 Akedemi Nasyid? Mungkin AN adalah program alternatif yang dapat memberi hiburan walaupun ada perkara yang tak kena dalam AN, yang paling jelas ialah penglibatan peserta perempuan yang agak over..
Disebalik kontroversi ini ialah penampilan peserta istimewa, Azhan Atan dari Johor. Beliau yang mempunyai mata yang tidak berapa baik telah mencuba nasib di AN. Kalau anda mendengar suaranya, sudah pasti anda mengingati Jamal Abdillah. Gemersik suara hasil dari penghayatan amat memukau penonton. Azhan telah mendapat undian tertinggi semasa minggu kedua AN walau turun ke tangga kedua pada minggu berikutnya.
Apa yang menarik tentang Azhan? Beliau bukan sahaja berjuang dalam bidang seni suara,tapi turut berjuang dalam medan sebenar dakwah dan perjuangan menegakkan Islam. Beliau sebenarnya ialah Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai, Johor.
Bandingkan dengan diri anda yang dikurniakan Allah nikmat kesempurnaan anggota, apa sumbangan anda?

Sabtu, Julai 05, 2008

Isu Etika Pemakaian MPKB-BRI : Kenyataan Helwi PPMS

Pelaksanaan undang-undang kecil Etika Berpakaian wanita Islam oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) adalah dilihat sangat bertepatan dan sesuai dengan realiti hari ini. Pihak Dewan Helwi menyokong penuh usaha ini dijalankan kerana ia merupakan di antara kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh seluruh wanita yang beragama Islam berdasarkan nas yang jelas di dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

“Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar dari rumah) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .”

Inilah dalil yang jelas tentang kewajipan menutup aurat dan berpakaian sopan. Jadi, undang-undang kecil Etika Berpakaian wanita Islam itu sangatlah bertepatan dengan saranan al-Quran sendiri.
Oleh kerana itu, kenyataan Dr. Mashitah Ibrahim yang menganggap ia adalah remeh temeh menampakkan seolah-olah jahil dengan undang-undang atau etika dalam Islam sendiri ekoran suka menafsir dan mempertikai hukum Allah mengikut akal sendiri dan mengetepikan penafsiran ulamak muktabar yang sudah pun berittifaq bahawa golongan wanita Islam adalah wajib menutup aurat. Harus kita fahami dari sudut masalah paksaan, pelaksanaan itu tidak termasuk golongan wanita non muslim, tetapi hanyalah terhadap wanita muslim. Jika melihat statistik gejala sosial hari ini jumlah wanita melayu Islam sangat ramai yang tidak menghiraukan hal-hal bersangkutan dengan aurat juga ramai yang terlibat dalam masalah kerosakkan akhlak. Mengikut perbahasan kitab-kitab Tafsir seperti karangan Ali As-Sabuni, penutupan aurat ini tidak diwajibkan ke atas perempuan yang kafir atau non muslim kerana mereka tidak termasuk di dalam golongan orang yang ditaklifkan dengan urusan agama Islam, biarlah mereka dengan urusan mereka dan agama yang mereka anuti, kerana ‘hijab’ ini adalah berbentuk ‘ibadah’ tatkala mana ia merupakan perintah dari Allah SWT, maka kewajipan ini dinisbahkan kepada wanita Islam adalah seperti juga perintah supaya sembahyang dan puasa.
Tetapi walaupun wanita non muslim tidak diperintahkan menutup aurat dengan hijab, tidaklah bermakna boleh dibiarkan mereka terus merosak masyarakat. Namun hendaklah diajar adab-adab kemasyarakatan yang mesti dititikberatkan. Merujuk kembali undang-undang di Kelantan itu adalah suatu yang wajib disokong oleh semua golongan wanita Islam hari ini, kerana menutup aurat merupakan satu alternatif terhadap pemasalahan sosial yang melibatkan gangguan seksual, rogol, cabul dan sebagainya. Hikmah di sebalik ketetapan menutup aurat bagi wanita Islam adalah diantara bentuk penjagaan dan keprihatinan Islam yang tinggi terhadap golongan wanita Islam.
Diharap Dr. Mashitah dapat mentadabbur dan tadarrus kembali hikmah di sebalik pensyariatan Islam terhadap wanita dari segala aspek yang Islam letakkan, bukan menghentam semberono meggunakan akal yang cetek tanpa bersandarkan nas-nas yang telah sedia ada di dalam al-Quran dan Hadis.

Selasa, Julai 01, 2008

KE ARAH MENEPATI PIAWAIANJEMAAH ISLAM CONTOH

(petikan dari buku Sheikh Mustafa Mashyur)
Seperti kata-kata Saidina Ali (ra), "Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya".
Hatta, dengan jemaah juga, seseorang itu harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri jemaah tersebut sebelum menggabungkan diri kedalamnya.
Artikel ini adalah berdasarkan huraian Sheikh Mustafa Mashyur dalam bukunya, 'Contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah' dan 'Dakwah Fardiah'. Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan keatasnya. Pilihan seseorang itu memerlukan perincian yang halus, hikmah, penjelasan yang terang dan meyakinkan dan tidak terburu-buru. Dalam medan dakwah masakini, terdapat banyak jemaah-jemaah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, dan huraian ini juga tidak bertujuan untuk menimbulkan perbezaan dan persengketaan antara jemaah yang sedia ada, tetapi sebaliknya mengharapkan ianya dijadikan sebagai titiktolak bagi sesebuah jemaah tersebut untuk kembali kepada hakikat kesatuan ummah sejagat berdasarkan ciri-ciri haraki Islam yang dihuraikan.
Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam Contoh ialah : 1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taa'sub kelompok (assabiyah), batas-batas geografi atau kenegaraan (nationalisma), dan seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.
2) Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan AlQuran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwahnya.
3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Daulah Islamiah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya (methodologi) adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw) untuk mencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh Islam (ijmak atau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam 'perkara-perkara juzuk' dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadah dan sebagainya.
4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (kesyumulan Islam) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw), dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.
5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, 'Durus Fil Amal AlIslami')
6) Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah), beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi'). Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi.
Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).
7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah. Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu" (Surah Hujurat:11-13)
8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.
9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.
10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama.
Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.
11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.
12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.
13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan
14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa, tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur sedikitpun..
15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama- sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.
16) Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam, sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.
17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah AlHadiid: 28, "Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua (2) bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu".
18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.
19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.
20) Jemaah ini sentiasa menketakutan yang dialami. Mereka ini akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah, sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka". Demikianlah penjelasan yang terperinci mengenai marhalah ini. Apa yang baik itu sesungguhnya bersumberkan dari Allah swt, dan segalakekurangan itu adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.

Polisi Pilihanraya dan Demokrasi

Sistem Pilihanraya dalam Pemerintahan Demokrasi Dalam sistem pemerintahan demokrasi, pilihanraya menjadi tonggak asas dan ia merupakan salah satu satu konsep dalam perlaksanaan sistem ini. Kerana ia membolehkan rakyat berkuasa untuk menentukan siapa pemimpin mereka dan ia juga mendaulatkan suara rakyat atau ketuanan rakyat dalam sistem demokrasi moden. Dengan kata lain, rakyat diberi peluang untuk mengundi bagi memilih wakil dan kerajaan mengikut kehendak mereka. Apabila tiada pilihanraya dalam perlaksanaan sistem demokrasi, demokrasi tiada bermakna. Kerana makna dari demokrasi itu adalah rakyat berkuasa dan berhak dalam urusan pemerintahan negara dan politik. Seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Revolusi Perancis pada tahun 1789 yang membicarakan soal hak asasi manusia sejagat. Pengenalan Pilihanraya Pilihanraya membawa maksud, satu proses memilih calon yang bertanding untuk menjadi ahli parlimen atau ADUN yang merupakan institusi ekslusif dalam pemerintahan sesebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen. Konsep pilihanraya ini lahir seiring system pemerintahan demokrasi di zaman purba dan diamalkan di Athen serta Bandar-bandar sekitarnya. Tetapi ia banyak mengalami beberapa revolosi sejak berzaman hinggala sekarang. Bermula selepas tercetusnya Revolosi Perancis yang didokong oleh Montesqeo pada abad ke 19 diikuti dengan Revolosi Amerika dan England. Bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mereka tidak dapat lari dari mengamalkan konsep pemilihan ini. Cuma di sana ada beberapa bentuk perbezaan dalam mengamalkan sistem pemilihan ini. Ia adalah kerana perbezaan dari sudut georafi dan keadaan negara yang memerintah selepas sesebuah negara itu dijajah.oleh yang demikian terdapat perbezaan dalam mengamalkan sistem pilihanraya ini. Sistem pilihanraya Bagi memastikan pilihanraya dikendalikan dengan sitematik dan adil, perlu dilakukan beberapa perkara berikut: 1. Pengendali pilihanraya: wajib ditubuhkan sebuah badan atau suruhanjaya yang benar-benar adil, bebas, berkecuali dan cekap mengendalikan dan mentadbir perjalanan pilihanraya. Di Malaysia, badan itu dinamakan Suruhanjaya Pilihanraya. Mengikut perlembagaan Persekutuaan fasal 113 (1) hendaklah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja di kalangan mereka yang dikatakan mendapat kepercayaan awam. 2. Undang-undang piliharaya: Hendaklah diadakkan undang-undang pilihanraya yang menetapkan peraturan-peraturan dan syarat-syarat berkait dengan segala rukun pilihanraya. Undang-undang itu menentukan pengundi, calon, perjalanan, dan adab-adab pilihanraya serta tindakan terhadap mereka yang tidak memenuhi syarat, rukun dan adab pilihanraya. Menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang. 3. Daftar Pemilih: Menyediakan pendaftaran nama-nama mereka yang berhak mengundi dan memenuhi syarat kelayakannya. Ini kerana bukannya seluruh rakyat berhak mengundi. Pemilih juga mempunyai hak mereka sendiri dalam menentukan sesebuah kemenangan. Kelayakan pemilih-pemilih mengikut Perlembagaan Perseketuan perkara 119 fasal (1) menyatakan setiap warganegara yang: 1 Telah mencapai umur dua piluh satu tahun pada tarikh kelayakan. 2 Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan itu atau jika tidak bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi tak hadir dan 3 Didaftar di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pilihanraya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihanraya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan. Seseorang berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri melainkan jika ia hilang kelayakan di bawah fasal (3-4) perkara (119) Perlembagaan Persekutuaan. 4. Calon pilihanraya: Syarat kelayakan menjadi calon itu hanyalah seperti orang yang layak mengundi dengan sedikit tambahan seperti tidak sempurna akal, tidak bankrap, tidak memegang jawatan pendapatan, tidak melakukan kesalahan jenayah dan lain-lain lagi seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan fasal 48. 5. Kawasan pilihanraya: Menentukan persempadanan mengikut daerah yang dibahagikan berdasarkan keluasan atau pun jumlah penduduk. Bahagian-bahagian pilihanraya bagi memilih ahli-ahli bagi Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Negeri ialah bahagian-bahagian pilihanraya yang mula-mula digunakan untuk pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri, mengikut mana yang berkenaan, menurut Perlembagaan persekutuan jadual 13 dan Akta Malaysia. Penerimaan Ulama tentang pilihanraya Keseluruhan para pemimpin dan tokoh gerakan Islam diseluruh dunia bermula dari Asia Tenggara sehingga Afrika Barat yang lahir dari gerakan tajdid dan pembaharuan, berijtihad untuk mengambil sistem pemerintahan Demokrasi ini sebagai wasilah dan wahana dalam perjuangan mereka. Di Antara tokoh tajdid yang menerima sistem ini adalah Hasan Al-Bana, Syed Qutb, Abul `ala Al-Maududi, Dr. Muhamad Nasir dan ulama ketemporari Dr. Yusuf Al-Qardawi. Cuma ada sedikit perbezaan kerana ia mengikut penafsiran masing-masing. Dan mengikut keadaan serta realiti negara masing-masing. Di dalam persidangan Muktamar Rabitoh Alam Islami pada 12 syawal bersamaan 1422h yang telah di laksanakan di Mekah Al-Mukarramah telah membahas satu persoalanan berkenaan: ( Demokrasi dan perkongsian kuasa orang Islam di dalam pilihanraya di bawah pemerintahan orang-orang Kafir). Salah seorang pembentang kertas kerja dalam Muktamar Rabitoh ini, iaitu As-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan telah menegaskan bahawa: ”hukumnya dibolehkan ketika mana di dalam musyarakah tersebut, ianya memberi maslahah bagi orang Islam tersebut atau bagi orang Islam yang lain darinya (orang Islam yang bukan mendiami negara tersebut, hanya berhijrah atau selainnya), samaada di dalam negara tersebut atau luarnya.” Dari apa yang penulis nyatakan di atas, adalah setiap mereka atau Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi ini perlu kepada pilihanraya. Kerana pilihanraya adalah jalan tunggal dan “muajahah silmiah” untuk mendapatkan kuasa pemerintah dan menguasai sesuatu kerajaan dalam pengamalan sistem ini. Dan ia juga boleh menyempit dan mengurangkan kekuasaan pemerintah dalam melaksanakan plan tindakan kerajaan, juga boleh membantu umat Islam menyuarakan suara dan kehendak mereka dalam institute perlembagaan. Pendapat Ulama tentang pilihanraya 1- Berdasarkan pandangan Imam Hassan Al-Bana dalam (. مجموعة رسائل الامام الشاهيد حسن البنا من رسالة نظام الحكم ) untul mendaulatkan syariat, katanya: “Dakwah yang Ikhwan Al-Muslimin lakukan bertujuan melaksanakan syariat Allah. Namun demikian sekirannya wujud peluang melalui peti-peti undi yang bebas dan bersih mereka tidak akan mengenepikannya berasaskan dasar bahawa mereka memiliki agenda perubahan yang berteraskan Islam. Dengan ini, dakwah akan dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai, calon-calon Ikhwan Al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu kami memperolehi kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredhaan Allah” 2- As-Syeikh Dr. Abdul Hamid Ismail Al-Ansari dalam kitabnya yang bertajuk (Al-Syura wal Asyaruha fil Demokratiah ): “Sesungguhnya sistem pemerintahan demokrasi adalah satu sistem yang di sandarkan kepada penguasaan umum bagi rakyat. Dan aspek yang paling penting dalam penguasaan ini adalah pilihanraya yang di iktiraf. Demikianlah perkenalan kepada demokrasi. Dan sesungguhnya ia juga adalah satu sistem yang membanggunkan kuasa rakyat untuk memilih kerajaan dengan cara melalui pilihanraya” 3- Berkata As-Syeikh Abdul ‘Ala Al-Maududi, Pengasas Jamiat Islami di Benua India: “Untuk merealisasikan perubahan dalam konteks negara republik, maka tidak ada cara lain kecuali melalui pilihanraya. Malalui wasilah ini kita dapat membentuk arus perdana umat dan menukar cara berfikir mereka kepada Islam supaya mereka mngenali calon-calon yang mendokong risalah Islam. Pada masa yang sama kita perlu mengislahkan wasilah ini dan menyucikannya daripada sebarang bentuk penyelewengan dan tipu daya”. 4- Berkata As-Syeikh Muhammad Ahmad Rasyid, tokoh Ikhwan Iraq dalam karyanya ( Usul Al-Iftaq wal Ijtihad At-Tadbiqi ): “Apabila kita mengikuti renteten perbahasan ini dengan perbahasan yang lain, iaitu mencalonkan diri di dalam pemilihan sebagai ahli perlimen, kerana kedudukan harus padanya adalah sama sebagaimana kedudukan dari segi maslahah. Apabila harus seseorang itu menerima sesebuah jawatan kabinet, maka kesan mudharatnya dapat dikurangkan ,dan ini kerana kepincangan dalam pemilihan seseorang ketua negara yang beraliran sekuler adalah lebih buruk kesannya pada umat Islam. Dengan demikian, fatwa ulama semasa menyatakan hukumnya adalah harus (dibolehkan) atas pemilihan yang demikian (iaitu memasuki sistem pilihanraya)”. 5- As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz, ( الاسلام ملف لوأمجلة الانتخابات العدد الثالث ذوالقاعدة 1309 م ) Mufti kerajaan Arab Saudi ketika ditanya tentang bolehkah mencalonkan diri untuk menjadi ahli parlimen dan apakah pandangan Islam tentang pemaparan poster-poster calon dengan tujuan untuk berkempen supaya menjadi calon-calon yang beragama, beliau menjawab : Bahawa nabi s.a.w. telah bersabda :{Sesungguhnya setiap amal adalah berdasarkan niat, dan setiap orang akan dibalas mengikut niatnya .} Oleh itu tiada halangan untuk menyertai parlimen dengan tujuan mendokong kebenaran dan menghancurkan kebatilan. Ini adalah kerana perkara tersebut membawa kepada tertegaknya kebenaran dan memantapkan gabungan para pendakwah yang menyeru kepada Allah. Begitulah juga tidak salah mempamerkan poster-poster calon yang memang bermatlamat menegakkan kebenara. 6- As-Syeikh Dr. Faisal Maulawi Naib ketua Majlis Fatwa Eropah, menerangkan: “Orang-orang Islam berkewajipan melaksanakan amar ma`aruf dan nahi mungkar dalam masyarakat di mana dia hidup. Pilihanraya adalah salah satu cara di mana dengannya dia dapat menunaikan kewajipan itu. Jadi dengan berlandaskan kaedah meraih yang paling kurang mudharat orang Islam boleh mengundi calon-calon tertentu dalam pilihanraya. Justeru itu ia berhak memilih calon yang lebih baik dari perspektif Islam. Kalau ia tidak temui calon yang lebih baik maka ia wajar memilih calon yang kurang mudharatnya terhadap orang Islam. Dengan cara itu, ia berupaya menolak mudharat daripada orang Islam setakat yang terdaya. Dengan itu juga penglibatan dalam pilihanraya adalah saru bentuk jihad.” 7- As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi dalam karyanya ( Fiqh Ad-Daulah dan Fatawa Al-Mua`sorah ) menekankan keharusan menjadi ahli parlimen dan terlibat dengan sistem demokrasi katanya : Dalam konteks merealisasikan wasilah politik semasa datang berterusan dan berkembang mengikut iklim dan suasana setempat, maka dibolehkan untuk menggunakan mana-mana wasilah sama ada berbentuk perkumpulan, pengajian, kerjasama dan lain-lain yang boleh membawa kepada kemaslahatan dan ketinggian Islam dan umatnya. Pada bahagian yang lain pula Dr. Yusuf Al- Qardawi mengatakan : “Saya sangat terkejut apabila membaca surat yang ditulis oleh golongan yang bersemangat yang mengatakan : “Penyertaan dalam parlimen adalah bercanggah dengan konsep tauhid.” Sebenarnya ini merupakan kesilapan yang nyata kerana mereka memasukkan dan menyamakan masalah amal dengan masalah aqidah. Sedangkan persoalan amal berlingkar antara benar atau salah dan bukannya antara Iman dan kufur. Ia adalah termasuk dalam siasah syariah yang mana mujtahid-mujtahid yang betul dalam ijtihadnya akan diganjari dengan dua pahala, dan sekiranya salah akan memperolehi satu pahala. 8- Seorang ulamak, Al-Mustasyar Salim Al-Bahansawi telah menolak pandangan Al-Ustaz Mohamad Qutb dengan katanya : “Syeikh Mohamad Qutb menyangka penyertaan dalam parlimen membawa kepada pengabaian, menjatuhkan kredebiliti golongan Islam dan menghilangkan personaliti mereka di mata umum kerana sepatutnya mereka tidak bersekongkol dengan sistem jahiliyah. Sebenarnya pandangan ini adalah berasaskan wujudnya kerjasama dengan golongan yang zalim, sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan umum memakluminya. Berkenaan pengabaian tuntutan Islam, sebenarnya ia akan terjadi sekiranya golongan Islam menarik diri daripada menyertai parlimen dan inilah yang diusahakan oleh musuh-musuh Islam. Mereka ini sangat takut jika golongan Islam mendapat tempat di parlimen kerana ia membawa kepada pembongkaran kenifaqan dan kejahilan mereka. 9- Berkata As-Syeikh Dr. Solah Sowi, Sekreteriat Majlis Fuqaha Amerika, dalam kitab fatwanya yang mashyur ( Fatawa Al-lajnah Ad-Daimah lil Ifta’ ): “tidak mengapa bagi golongan Islam untuk berkecimpung dalam pilihanraya di pentas politik, bagi mengukuhkan kuasa sesama mereka selagi mana jika kemaslahatan itu dapat mengatasi kerosakannya, dengan bersyaratkan ianya tidak merugikan tenaga kerja, dan tidak juga merubahkan pandangan orang yang berkecimpung dengannya sebagai satu-satunya wadah bagi perubahan yang diidam-idamkan semata-mata, dan juga sebagai ruang untuk menghina golongan lain, dan tidak juga jalan untuk memporakperandakan kesatuan, ataupun lobi- melobi dari satu pihak kepada pihak yang lain, dan juga tidak terpesong dari kerja-kerja dakwah, pendidikan dan juga tarbiyyah”. 10- Yang terakhir penulis suka merakamkan pandangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi masalah ini yang dijelaskan dalam karangan beliau ( الصراع بين الاسلام والعلمنية فى مالزيا ) Katanya: “memandangkan sistem demokrasi barat diterima pakai di Malaysia, di mana setiap lima tahun pilihanraya umum akan dijalankan untuk rakyat memilih kerajaan pilihan mereka, maka PAS telah memilih untuk menyertai pilihanraya atas dasar ‘muwajahah silmiah’. Pilihanraya merupakan satu wasilah untuk menegakkan pemerintahan Islam sekaligus menyeru umat Islam merealisasikannya. Ia juga merupakan penunaian konsep ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ dengan jalan seafdhal-afdhal jihad iaitu iaitulah ‘perkataan yang benar di hadapan pemerintahan yang zalim’. (Hadith). Walaupun ada golongan yang tidak memahami hakikat wasilah ini dan ada juga yamg menolaknya kerana kecetekan pemahaman mereka, tetapi Pas berpandangan ianya merupakan pendekatan terbaik seperti mana juga yang telah dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Memandangkan tiadanya nas-nas sorih yang memerintah atau menegahnya, maka persoalannya adalah masalah ijtihadiah yang mengambil kira suasana politik setempat. Sesungguhnya perdamaian di sisi Allah dan rasulnya adalah lebih utama daripada peperangan dan keganasan.” Kelemahan pilihanraya Setiap ediologi dan teori yang datangnya dari pemikran dan penciptaan manusia, ia tidak dapat terlepas dari kelemahan dan ketempangan. Kerana manusia itu diciptakan oleh Maha Pencipta dengan ilmu yang tidak disempurnakan kepada mereka. Untuk menyempurnakan semua ilmu itu, manusia itu haruslah mengambil dan megunakanpakai sistem atau manhaj yang telah digariskan Oleh Allah Taala dan utusanNya. Begitu juga dengan sistem demokrasi berpiliharaya ini, walaupun ulama bersepakat dan mengharuskannya, ia bukan bermakna sistem ini sempurna. Tetapi kita perlu ketahui, sistem berpiliharaya adalah satu sistem yang menyamaratakan suara dan kehendak rakyat. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil rakyat dapat menentukan nasib mereka sendiri. Oleh yang demikian, ia perlu kepada pembaikpulih dan proses pengandilian yang adil supaya ia tidak dicemari dengan tangan-tangan penguasa yang zalim dan mahu mempertahankan kedudukan mereka. Sistem ini juga mudah dipengaruhi oleh mereka yang berkuasa dan mahukan kepada sokongan yang tidak menoroti dari rakyat. Pelbagai undang-undang dan akta boleh dilakukan mereka untuk apa sahaja tujuan. Contohnya seperti memasukkan pengundi dari luar kawasan, mengunakan jentera kerajaan dalam kempen piliharaya, membuat persempadanan semula bagi kawasan-kawasan yang tidak memihak kepada mereka dan banyak lagi yang semua ini adalah untuk memgekalkan kedudukan dan pemerintahan mereka. Inilah di antara beberapa kelemahan dalam sistem ini, yang perlu diperbaiki dan dikaji semula dari masa kesemasa mengikut kehendak dan keutamaan rakyat bukannya parti pemerintah. Perkara seperti ini hampir berlaku diselurih negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya. Faktor Penyelewengan dan Kepincangan Pilihanraya 1. Dalam pilihanraya, mereka mengubal dan mengubah kanun dan undang-undang pilihanraya yang sedia ada untuk membantutkan pergerakkan, perjalanan, dan kemenangan parti pembangkang. Contohnya seperti persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya parlimen dan DUN dikawasan-kawasan dan negeri-negeri yang memihak kepada parti pembangkang. 2. Memasukkan pendaftaran pemilih yang sudah mati dan tidak berdaftar serta memasukkan pengundi hantu dalam kawasan dan negeri yang dijangka kemenangan hampir memihak kepada parti pembangkang. Contohnya seperti mana yang berlaku pada Parti Ikhwan Al-Muslimin di Mesir dan Parti Islam FIS di Sudan. 3. Mengunakan agensi kerajaan terutamanya Pengendali Pilihanraya dan sektor awam dalam kempen pilihanraya bagi mempertahankan kedudukan dan kekuasaan mereka. Tindakan ini dilakukan dengan jelas tanpa rasa malu dan berselindung. 4. Dan yang paling tragis dan menyedihkan mereka mengunakan pihak antarabangsa yang bermusuh dengan Islam untuk menjatuh dan menginkilab kerajaan yang didirikan dengan sah oleh parti pembangkang yang memenangi sesuatu pilihanraya. Contoh apa yang berlaku pada parti Islam di Turki, Algeria, Indonesia, Palastin, Malaysia dan beberapa negara umat Islam yang lain. 5. Memberikan rasuah kepada calon pembangkang, pemuda dan fakir miskin dari tidak bertanding atas tiket pembangkang dan menyokong mereka dalam pilihanraya. Kepada pemuda-pemudi, mereka memberikan kebebasan dan hiburan terlampau contohnya konsert, pesta arak, judi dan sebagainya supaya mereka tidak peduli dengan isu-isu semasa dan tidak peduli keadaan sekeliling . Dan banyak lagi contoh-contoh penyelewengan dan pencabulan dalam Demokrasi dan khususnya dalam perjalanan pilihanraya yang tidak dapat penulis senaraikan kesemuanya. Penyelewengan dan ketidakadilan ini, sekarang terus berleluasa dan semakin menjadi-jadi diseluruh negara-negra yang mengamalkan sistem demokrasi ini. Satu contoh yang penulis boleh bawakan disini, seperti yang berlaku pada parti-parti Islam yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Mereka mendapat pelbagai tekanan dan ketidaksamarataan dalam menjalankan aktiviti politik seharian mereka. Sehingga keperingkat, ramai aktivis mereka ditangkat, dopenjara dan dikenakan hukuman untuk tidak menyertai politik dan pilihanraya dalam masa-masa tertentu. Ia tidak berlaku kepada negara-negara barat yang mengamalkan sistem ini, bahkan memperlihatkan kepada kita ia adalah satu sistem yang meletakan suara rakyat sebagai penentu masa depan negara dan mereka diberikan sebebas-bebasnya hak untuk dituntut. Program Pemulihan Pilihanraya Firman Allah Taala: ( surah Al-Maidah: 49 ) “Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu” Imam Al-Ghazali r.a pernah berkata: “Ketahuilah bahawa syariat itu adalah teras, kerajaan itu adalah penjaga. Sesuatu yang tidak mempunyai teras pasti akan binasa. Sesuatu yang tidak mempunyai penjaga pasti akan hilang”. Berpandukan pandangan Imam As-Syahid Hasan Al-Bana, dalam mewujudkan satu bentuk pemulihan dalam sesuatu pilihanraya. Supaya ia mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak terkeluar dari landasan kemanusiaan sejagat. Pandangan beliau ialah: “Mewujudkan sistem politik yang mampu melaksanakan prinsip menghormati hak manusia yang diberikan oleh Allah. Di samping menjaga hak dan kebebasan manusia. Memusatkan segala usaha untuk membangunkan institusi-institusi kerajaan yang membolehkan kerajaan bertindak secara betul dan berkesan. Menjamin wujudnya kebebasan tanpa penipuan dalam proses pilihanraya. Pihak kerajaan juga perlu diawasi sepanjang tempoh pemerintahan mereka supaya selaras dengan perlembagaan. Mengawal dasar kerajaan, memastikan tiada penyelewengan, memantapkan pentadbiran, memastikan perubahan dan peralihan kuasa berjalan dengan baik”. Di sini penulis mahu nyatakan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan, oleh mereka yang mengamalkan sistem pilihanraya mengikut pandangan Imam Hasan Al-Bana. Terutamanya bagi pihak parti pembangkang dan mereka yang mengamalkan sistem piliharaya di semua negara demokrasi yang tidak mengamalkan sistem ini dengan maksud kata yang sebenarnya. Seperti mana yang kita maklumi, banyak pemerintah kerajaan yang mengunakan sistem demokrasi berpilihanraya mengunakan sistem ini hanyalah untuk mempertahankan kedudukan mereka. Walaupun suara mejoroti rakyat tidak menyokongnya dan mereka tidak menghiraukan suara serta pendapat umum menyenai penyalahgunaan kuasa dan mereka juga memberikan tekanan kepada parti pembangkang mengikut undang-undang yang mereka sengaja gubalkan. Tindakan ini perlu kepada penelitian dan kajian ilmiah yang mendalam. Ia juga memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk mendapatkannya. Perkara berikut adalah: 1 Pemerintah mestilah melaksanakan kuasa dan tanggungjawab mengikut undang-undang. Oleh itu langkah memisahkan kuasa negara kepada tiga pihak iaitu pihak pengubal undang-undang (legislative), pihak perlaksana dasar (executive) dan pihak kehakiman (judiciary) adalah perlu bagi membentuk sistem pemerintahan yang baik serta menghalang kediktatoran dan mewujudkan keadilan. 2 Mewujudkan agensi yang menguruskan aspek teknikal, pentadbiran dan maklumat yang boleh dipercayai integriti mereka.menjauhkan proses kehakiman daripada pengaruh parti politik khususnya parti pemerintah. 3 Hapuskan rasuah dan sogokan serta tanamkan sikap hanya berpada dan menerima apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang dan perlembagaan sahaja. 4 Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta. 5 Peruntukan undang-undang bagi menyalahkangunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah kesalahan jenayah. Dengan ini bagi membolehkan pilihanraya dijalankan dengan bebas dan telus beberapa perkara perlu diwujudkan: 1 Garis panduan bagi memilih calon-calon yang layak bertanding dalam pilihanraya. 2 Garis panduan bagi kempen pilihanraya. 3 Proses pilihanraya perlu dibaiki. 4 Hukuman yang berat kepada apa jua bentuk penipuan termasuk amalan rasuah. 5 Bebaskan wakil rakyat daripada tekanan pengundi dan kepentingan umum lebih diutamakan daripada kepetingan peribadi. 6 Penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman. Sebelum penulis mahu mengakhiri penulisan ini, suka untuk penulis melampirkan sedikit maklumat tambahan kepada para pembaca sekalian, berkenaan pemerimaan dan penyertaan gerakan Islam moden dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Segala maklumat ini, penulis dapatkan dari pelbagai bahan bacaan, buku dan majalah berkenaan dengan gerakan Islam dunia. Segala fakta dan maklumat yang kurang tepat dari maklumat ini, penulis mengharapkan teguran dan kritikan yang membina dari semua pembaca. GERAKAN ISLAM DUNIA DAN DEMOKRASI BERPILIHANRAYA TURKI - Parti Refah Dibenarkan terlibat sehingga pernah berkuasa. Kini diharamkan kerana menjadi ancaman kepada prinsip ‘sekularisme’. ( Prof.Dr Najmuddin Erbakan ) ALGERIA - FIS (Islamic Salvation Front) Dibenarkan terlibat sehingga hampir-hampir berkuasa. Kini diharamkan terus serta pemimpin FIS dipenjara. ( Dr Abas Madani ) JORDAN - Ikhwan Muslimin Di benarkan terlibat sehingga menjadi parti kedua terkuat di Jordan. Kini dikenakan sekatan yang ketat. TUNISIA - An-Nahdah Diharamkan terus kerana dianggap sebagai ancaman kepada negara. Kebanyakan pemimpin An-Nahdah di penjara. MESIR - Ikhwan Muslimin Diharamkan tetapi pernah bertanding di bawah tiket parti pembangkang lain dan menjadi pembangkang kedua terbesar di Mesir. Kemudian diharamkan terus dan ada pimpinan yang dipenjarakan. (Syaikh Hasan Al-Bana) SYRIA - Ikhwan Muslimin Diharamkan terus selepas peristiwa Hama’ yang mengorbankan ribuan aktivis Ikhwan Muslimin. Kini tidak wujud demokrasi. Musyid Dr. Mustafa As-Sebae`i MORROCO - Jamaah Adil wal Ehsan (pecahan Ikhwan) Diharamkan terus serta ramai aktivis Islam yang di penjara. SAUDI ARABIA - Ikhwan Muslimin dan kumpulan Islam kecil Mengharamkan gerakan Islam dari bergerak bebas. Tidak wujud demokrasi. Hanya mengamalkan sistem ‘syura’ yang kabur?
LIBYA - Harakah As-Sanusiah Diharamkan terus serta ramai aktivis Islam yang di penjara. Kini tidak wujud demokrasi. Diasaskan oleh Syed Mohd Ali As-Sanusi
INDONESIA - Parti Masyumi Dibenarkan terlibat hingga dapat memerintah. Tapi kini diharamkan dan terus serta pemimpin Masyumi di tangkat dan di penjara. Diasas oleh Dr. Muhammad Nasir
PAKISTAN - Harakah Jamaat Islami Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Diasas oleh Abul `ala Al-Maududi
IRAN - Harakah Fidyan Islami ( Tiada maklumat) Diasaskan oleh Nawab Sofawi
MALAYSIA - (PAS) Parti Islam Se-malaysia Di benarkan terlibat sehingga menjadi parti kedua terkuat di Malaysia selepas parti pihak pemerintah. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah.
INDIA - Harakah Jamaat Islami Tidak bergerak mengunakan nama pertubuhan mereka sebaliknya menggunakan platform Parti lain. Sekarang bergerak bawah tanah. Dikenakan tekanan dan desakan yang cukup hebat dari pihak pemerintah. Diasas oleh Abul `ala Al-Maududi
PALASTIN - (Hamas) Pergerakan Kebangkitan Islam Dibenarkan terlibat sehingga pernah berkuasa. Tapi digulingkan kerana menjadi ancaman kepada prinsip “Kewujudan Negara Israel Raya”. Kini dikenakan sekatan yang sangat ketat. Diasas oleh Syeikh Ahmad Yassin
SUDAN - Ikhwan Muslimin Bergerak dengan bebas hingga boleh mengulingkan parti pemerintah. Sekarang dapat memerintah tetapi mendapat tekanan dari pihak antarabangsa.( Dr.Hassan At-Turabi)
BANGLADESH - Harakah Jamaat Islami Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Ia lemah dalam mendepani masa. Diasas oleh Abul `ala Al-Maududi
LUBNAN -Jamaah Islami Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Ia lemah dalam mendepani masa.( Dr.Faisal Al-Maulawi)
YAMAN - Jamaah Al-Islah Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. ( Syeikh Abd majid Az-Zindani )
IRAQ - Hizbi Islami Iraqi Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Cuma sekarang bergerak perlahan disebabkan penjajahan Amerika.
TURKI - (AK Parti) Parti Pembangunan dan Keadilan Bergerak dengan bebas hingga boleh mengulingkan parti pemerintah dalam sistem pilihanraya. Sekarang dapat memerintah tetapi menghadapi banyak cabaran ( Abdullah Gul dan Reccip Toiyip Erdogen) Sumber: Bahan rujukan dari pelbagai buku gerakan Islam serta majalah Kesimpulan Setelah kita meneliti pengertian sistem pilihanraya, pandangan ulamak semasa, faktor kelemahan dan penyelewengan tentang pilihanraya dan menyertainya dalam Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, maka jelaslah bahawa Islam membenarkan pendekatan ini untuk kita merealisasikan tertegaknya pemerintahan Islam (Hakam Islamiah). Bahkan dalam situasi tertentu ianya menjadi wajib seperti mana dalam konteks Malaysia dan Lubnan serta beberapa negera yang lain. Walau bagaimanapun perlu ditegaskan kita tidak beriman dengan sistem demokrasi (pilihanraya) tetapi kita memilih pendekatan ini setelah mempertimbangkan semasak-masaknya maslahah dan mafsadah yang bakal diperolehi.

MODAL INSAN DAN PENINGKATAN JENAYAH DI MALAYSIA

Semalam (26hb Jun 2008), YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukan yang telah digunakan sebanyak 19.4 % atau RM 8.8 bilion dalam tempoh 2006-2007 untuk memacu teras kedua Rancangan Malaysia KeSembilan (RMK9). Manakala sebanyak 35.8 bilion akan dibelanjakan bagi tempoh 2008 hingga 2010. Acap kali Perdana Menteri melaung-laungkan agenda pembinaan modal insan bagi mencapai taraf kualiti rakyat dari aspek minda, peribadi dan rohani. Strategi-strategi yang digariskan untuk mencapai teras tersebut membayangkan kerajaan ingin melahirkan manusia yang mempunyai ilmu yang tinggi melalui koridor pendidikan yang sistematik bermula dari peringkat rendah, menengah dan tertiari. Tidak cukup sekadar itu, kerajaan mewajibkan para remaja mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang dikatakan seramai 195,000 peserta telah mendapat manfaat daripada program tersebut. Disamping program-program Biro Tatanegara juga disusun bagi meningkatkan semangat kekitaan, toleransi dan patriotik dalam diri masyarakat. Agenda ini digarap khusus dalam pembentukan jatidiri masyarakat terutamanya golongan-golongan muda yang akan mewarisi negara pada masa akan datang. Perdana Menteri dan Jemaah Kabinetnya juga membantu rakyat dalam memperbaiki kualiti hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat supaya mereka akan menikmati kehidupan yang selesa dan dapat mengeluarkan mereka dalam ruang lingkup kemiskinan tegar dan kemiskinan biasa samada di bandar mahupun di luar bandar. Namun begitu, dengan matlamat, sasaran, teras dan strategi yang digarap oleh kerajaan dan dibantu oleh pelbagai agensi, NGO, persatuan penduduk masih belum lagi berjaya mengurangkan kekenduran kerisauan dan kekhuatiran rakyat terhadap peningkatan jenayah di negara kita. Jenayah bukan soal picisan dan boleh dipandang remeh. Banyak faktor boleh mengakibatkan berlakunya jenayah dan banyak kesan negatif yang berlaku juga disebabkan oleh jenayah. Maka, jenayah satu topik yang cukup berat. Manusia pada hari ini seolah-olah agak bebas untuk melakukan jenayah. Ia berlaku dimana-mana. Dikampung, kawasan luar bandar, kawasan pinggir bandar, kawasan bandar, kawasan ditengah-tengah bandaraya, di tempat pendidikan, di tempat orang ramai, di tempat sunyi, waktu malam, petang, awal pagi, pagi dan tengahari. Hampir setiap masa dan tempat. Jenayah bukan hanya mempengaruhi kehidupan manusia, ia juga mampu menggugat kuasa politik, menggoyahkan kestabilan ekonomi negara, menguncupkan pelaburan asing, meleraikan perpaduan kaum, dan meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat. Oleh sebab itu, satu kesepaduan perancangan dan tindakan perlu diperkasakan. Berdasarkan indeks jenayah negara dari tahun 2005 hingga 2007 menunjukkan peningkatan hampir semua jenis jenayah. Jenayah kekerasan termasuk bunuh, cuba untuk membunuh, rogol, cabul kehormatan, samun dengan berkawan atau tidak berkawan samada menggunakan senjata api dan tidak, pemerasan, ugutan, merusuh dan mencederakan. Bagi jenayah harta benda pula termasuklah kecurian, ragut dan pecah rumah. Kesemua jenis jenayah ini akan memberikan kesan kepada agama, nyawa, harta, akal dan keturunan manusia. Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi, di Malaysia mempunyai 29 buah penjara, 4 buah sekolah Henry Gurney, sebuah Tempat Tahanan Perlindungan dan 4 buah pusat pemulihan. Mengikut definisi yang diberikan dalam Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia, penjara adalah tempat untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara. Sekolah Henry Gurney pula adalah tempat untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana, Tempat Tahanan Perlindungan adalah tempat untuk menahan orang tahanan yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Pusat Pemulihan Akhlak adalah tempat untuk menahan orang tahanan yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (Ketenteraan Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Jadual dibawah menunjukkan rekod jumlah penghuni di institusi-institusi yang dikhaskan; Institusi Bilangan Institusi Jumlah Penghuni Penjara 29 35, 200 Sekolah Henry Gurney 4 400 Tempat Tahanan Perlindungan 1 68 Pusat Pemulihan 4 1836 Kerajaan Malaysia juga telah membelanjakan mengurus untuk keseluruhan adalah seperti berikut; Jenis Perbelanjaan 2006 2007 Perbelanjaan Keselamatan 83.7 juta 93.6 juta Perbelanjaan Pemulihan 4.2 juta 8 juta Hasil dari data ini membuktikan meskipun kerajaan telah berbelanja besar untuk membendung peningkatan jenayah, namun indeks jenayah terus meningkat. Maka sudah tentu terdapat satu persoalan yang cukup besar untuk dibincangkan. Dalam Persidangan Dewan Rakyat Pertama telah merakamkan pelbagai langkah solusi, cadangan untuk membendung kenaikan indeks jenayah ini samada dari pihak kerajaan mahupun pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah beberapa ucapan yang dilontarkan oleh beberapa orang ahli Parlimen termasuklah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, antaranya; 1. 1) Perdana Menteri : a) a) Meningkatkan upaya PDRM dari segi bilangan anggota dan menambahkan keperluan dan peralatan b) b) Mengambil semula pesara-pesara polis dalam tempoh tiga tahun persaraan dan masih mempunyai kesihatan yang baik dan rekod yang bersih untuk meneruskan perkhidmatan c) c) Menambahkan balai-balai polis dan pondok-pondok polis Berdasarkan daripada jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri kepada YB Cheras, bilangan balai dan pondok polis yang telah siap dibina di bawah RMK-9 adalah sebantak 35 buah sahaja. Balai polis yang paling banyak dibina adalah di negeri Johor sebanyak 5 buah tidak termasuk sebuah yang masih dalam pembinaan manakala bagi negeri Perlis tidak ada satu pun lagi pembinaan balai polis yang dibuat dalam tempoh RMK-9 ini. Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun meluluskan Waran Perjawatan Bilangan K16 tahun 2008 dengan bilangan perjawatan sebanyak 590 jawatan baru. 2. 2) Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Syed Hamid Albar a) a) Pendekatan Rakan Cop, sistem pesanan ringkas dan sistem pesanan multimedia b) b) Bekerjasama dengan kementerian, agensi-agensi lain termasuk NGO dan masyarakat Namun begitu, beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional telah menggesa kerajaan mempertimbangkan implementasi cadangan baik pulih sepertimana yang terkandung dalam 125 syor-syor Suruhanjaya Polis Di-Raja (IPCMC). Dengan wujudnya beberapa tindakan dan cadangan ini, ia masih lagi belum menjanjikan penurunan kadar indeks jenayah di Malaysia. Ia juga termasuklah dalam mempertingkatkan usaha-usaha mengkaji dan meneliti semula beberapa akta seperti Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Criminal Procedure Code. Agenda membanteras jenayah ini sudah menjadi agenda nasional yang harus difikirkan secara konkrit terutamanya bagi memastikan kerajaan lebih bertanggungjawab dalam menjaga agama, nyawa, akal, harta benda dan keturunan seluruh rakyat Malaysia. Mior Isfandy Mior Azizan Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan PAS Pusat 23 Jamadil Akhir 1429h / 27 Jun 2008 013-697 3646