Ahad, Julai 20, 2008

Konsert Inul: Kenyataan Srikandi e-skuad

Srikandi e-skuad menyokong penuh bantahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Putrajaya terhadap konsert goyang gerudi inul yang dijadualkan pada 27 Julai 2008 ini. Harian Metro 19 Julai melaporkan pada asalnya konsert ini dijadualkan di Stadium Haji Hassan Yunus,Larkin Johor bharu dibatalkan disebabkan tidak mendapat kelulusan permit dua hari daripada pejabat daerah Johor Bharu.
Walaubagaimanapun konsert ini akan tetap diteruskan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini. Apa yang dibimbangi, sekiranya konsert ini benar-benar berlangsung seperti yang dijadualkan, ini akan memburukkan lagi imej pakatan rakyat dan ada kemungkinan pembatalan konsert di Larkin Johor sesuatu yang disengajakan dan dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk menyerang negeri-negeri pakatan rakyat. Perhimpunan protes yang lalu gagal mencapai objektifnya telah mencemarkan nama baik pakatan rakyat dan memberi satu tamparan hebat kepada PR. Dalam debat khas antara DSAI dan Shabery cheek minggu lalu yang mana walaupun beliau banyak menyerang peribadi DSAI,tetapi perlu diingat beliau ada mengungkapkan pakatan rakyat menganjurkan ‘konsert yang tak senonoh’ semasa menentang kenaikan harga minyak. Ini sudah tentu memberi kesan terutamanya kepada sesiapa yang menyaksikan adegan yang memualkan semasa protes berlangsung dan kesilapan ini perlu diakui dan jangan diulangi. Adalah tidak mustahil konsert yang cuba diadakan ini berunsurkan konspirasi jahat pihak tertentu bagi memburukkan hubungan pakatan rakyat. Sehubungan itu PR selangor diingatkan agar lebih berhati-hati dalam menentukan keputusan dan adalah lebih baik dengan membatalkan sahaja konsert yang bakal diadakan ini kerana melihat impak yang lebih buruk bakal menimpa masyarakat kita terutamanya anak-anak muda yang sudah diambang keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial yang tidak terkawal.
Agama Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya menganjurkan konsert yang membawa kepada kelalaian dan lagha serta menyebabkan manusia lebih cenderung kepada hiburan daripada beramal dengan Islam. Jika hiburan yang sedia ada sekarang ni pun banyak menyumbang kepada keruntuhan nilai-nilai murni maka apatah lagi jika dihidangkan dengan konsert sebegini yang akan mengundang kemurkaan Allah dan lebih parah menjauhkan pemuda-pemudi remaja Islam dari terus mengingati Allah. Apabila agama kian ditinggalkan, syariat Allah dilupakan hukum- hakam dimain-mainkan maka tunggulah bala Allah yang bakal menimpa.
Justeru itu, Andainya, konsert ini benar-benar berlangsung maka tidak ada bezanya antara BN/UMNO dan PR. Kalau kita boleh menolak Mas Idayu dan Ella,mengapa tidak inul gerudi ini yang imej dan geleknya lebih dahsyat daripada mereka berdua.apa yang berlaku hari ini bukan sahaja berkait dengan soal kenaikan harga minyak yang melambung tinggi, bahkan lebih dahsyat lagi jika wabak dan virus hiburan yang tidak ditapis dan disekat menyebabkan keimanan kita terus bergoyang. Kenapa menjemput penyanyi gelek dari warga luar yang jelas tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada warga kita apakah tidak cukup gejala maksiat yang sedang berlumpur di dalam Negara kita sehingga sanggup membelanjakan wang yang tinggi semata-mata memenuhi konsert goyang tersebut yang dibayar dengan tiket bernilai RM 50 dan RM 100.
Rentetan daripada itu, Mas Adam sempat merakamkan “ Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar.“Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah,” katanya. itulah ungkapan yang amat malang sekali bilamana si jahil bersuara mengatakan apa yang berlaku adalah ujian keimanan buatnya. Jahil terhadap kesalahan yang dilakukannya sehingga boleh mempersoalkan ‘apa salah saya’. Inilah ajaran Islam Hadhari yang membawa kecelaruan dan keraguan sampai si inul sendiri boleh tidak tahu apa kesalahan yang dilakukannya. Oleh itu, Adakah kita masih mampu berpeluk tubuh dan turut menyokong konsert ini diadakan? Apakah kita sanggup melihat saudara-saudara kita dirosakkan atau kita sama-sama membantah dan menolak konsert ini..apa yang ditunggu-tunggu oleh penyokong PR adalah tindakan yang akan diambil selepas ini sama ada tragedi menyedihkan bakal berulang atau PR lebih tegas pada prinsip perjuangannya yang tidak sama dengan BN dan UMNO. Srikandi e-skuad menyeru kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini dengan sama-sama membantah konsert ini.Jom Boikot konsert Inul!

Tiada ulasan: