Rabu, Jun 25, 2008

Berkidmat untuk memelihara kelangsungan Islam

Tidak syak lagi, bahawa Islam adalah agama atau cara hidup manusia yang disediakan Oleh Allah swt Yang Maha Bijaksana dengan segala kebenaran panduan, tunjuk ajar serta pedoman yang hakiki. Islam juga mengandungi pelbagai keperluan yang diperlukan oleh manusia. Sejak dari kewujudan Nabi Adam A.S sehingga kepada nabi Muhammad saw iaitu utusan Allah yang terakhir. Kehebatan Islam tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana individu di dunia ini. Walau sehebat mana ilmu yang dimilikinya, kerana Allah swt selaku pencipta mampu menarik ilmu yang ada dalam diri manusia apatah lagi golongan yang anti agama Islam yang benar. Bagi menjamin kelangsungan Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui Allah, maka setiap daripada umat Islam bertanggungjawab memeliharanya dengan memberikan segenap bentuk kidhmat untuknya. Walaupun manusia merancang sesuatu kejahatan terhadap Islam, namun Allah juga merancang bagi menggagalkan perancangan manusia. Justeru, di bawah ini adalah sebahagian daripada tuntutan yang wajib ditunaikan bagi memelihara dan menyelamatkan Islam. 1 Kita mesti ikhlas dan berniat baik untuk beramal dengan segala tuntutan Islam walaupun dalam keadaan tertekan. 2. Berakhlak mulia seperti yang ditonjolkan oleh nabi Muhammad saw khususnya ketika manjalankan dakwah dengan memelihara matlamat, wasilah serta jalan untuk sampai kepadanya. 3. Memelihara serta mempertahankan perkara-perkara yang halal serta menjauhkan perkara-perkara yang haram dengan penuh adab yang dianjurkan Islam. 4. Mempertahan Islam dengan segala kesungguhan melalui pengorbanan harta benda , nyawa, diri, masa, tenaga dan lain-lain. 5. Menghiasi diri dengan teladan akhlak mahmudah yang ditampilkan oleh golongan para ulama', orang-orang yang soleh yang mewarisi amalan dan pegangan para anbiya'. 6. Menghindari sifat lesu, lemah, malas dalam beramal dengan Islam yang telah melahirkan generasi yang kuat sepanjang zaman. 7. Menghubungkan hati dengan Allah selaku pencipta yang Maha Perkasa melalui permohonan doa. Istighfar, zikir dan wirid. 8. Berjihad bagi memenangkan Islam dalam apa jua keadaan seperti yang telah diwariskan oleh para ulama' bertujuan untuk melaksanakan syariat Allah swt di muka bumi. 9. Sentiasa peka kepada amalan, agenda, serta program harian, mingguan, bulanan seperti seminar bagi membincang isu untuk memperkasa Islam dari segenap sudut. 10. Sentiasa berfikir untuk mendaulatkan Islam. 11. Mengintai ruang dan peluang untuk merealisasikan kebaikan dan kebajikan Islam buat umat manusia sejagat.

Tiada ulasan: