Isnin, Julai 28, 2008

Formula e-skuad: Sampai dan sebar (SDS)

((قال البني صلى الله عليه وسلم: ((بلغوا عني ولو آية
Maksudnya: "Sampaikanlah oleh kamu dariku walaupun satu ayat (satu bab ilmu)". Melihat kepada kepentingan penyampaian maklumat dan fikrah dengan berkesan, e-skuad tampil dengan mengemukan satu formula yang diberi nama sampai dan sebar (SDS). Sebagai alternatif kepada ahli dan para pengunjung untuk menyampaikan maklumat dan fikrah dari blog e-skuad ini kepada madd`u yang berada diluar sana. Atau kepada rakan siber yang lain. SDS ini adalah satu kesinambungan kepada tugas para nabi dan sahabat terdahulu. Dalam menyampaikan perintah dan risalah dari Tuhan kepada umat manusia. Berdasarkan dalil dari kitab Al-Quran:
(( قال الله تعالى: (( يآيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك
Maksudnya: : "Wahai Rasulullah…sampaikan apa yang diturunkan kepda kamu dari TuhanMu…" Untuk melihat sejarah kewujudan formula ini. e-skuad lampirkan beberapa contoh peristiwa yang diarkibkan dalam lipatan sejarah ketamadunan Islam. Diantara peristiwa yang tercatat dalam sejarah adalah seperti mana yang difirmankan oleh Allah Taala dalam surah Al-Muddatstsir: 1-3:
((قال الله تعالى: (( يآيها المدثر* قم فأنذر* وربك فكبر
Maksudnya: "Wahai Orang yang berselimut* bangunlah, lalu sampaikan (berilah) peringatan! * dan Tuhanmu agungkanlah". Ayat ini diturunkan oleh Allah keatas Nabi Muhammad ketika beliau masih berada dalam ketakutan selepas peristiwa di Gua Hira`. Juga peristiwa yang berlaku pada akhir tahun 6 dan awal tahun 7 Hijrah. Nabi Muhammad mengutuskan para diplomasi dan duta keseluruh pelusuk Tanah Arab dan sekitarnya. Untuk mengajak ketua kerajaan dan presiden sebuah Negara untuk memeluk Islam. Antara diplomasi dan duta Nabi adalah: Nama Diplomasi atau Duta Ketua Negara Dihya` Al-Kalbi Kisra Abarwaiz di Raja Parsi Abdullah bin Huzaifah Al-hasymi Hiraqla di Rom Amru bin umayyah Al-Hahdramy Raja Najasyi di Habsyah (Etiopia) Hathib bin Abi Balta`ah Muqauqis Raja Mesir Oleh yang demikian, e-skuad mengasaskan formula ini adalah sebagai duta dan agen penyampaian maklumat dan fikrah kepada ahli dan pengunjung. Penyaluran SDS ini boleh difahamkan seperti pembahagian berikut: v e-skuad sampaikan kepada ahli, ahli sebarkan maklumat dan fikrah e-skuad. v Sampai kepada ahli, ahli sebarkan kepada Madd`u (pihak ke-3). v Sampai kepada madd`u (pihak ke-3), madd`u (pihak ke-3) akan sebarkan kepada pihak
ke-4 dan seterusnya. Cara ahli dan pengunjung menyampai serta menyebarkan maklumat dan fikrah e-skuad adalah: v Selalu layari blog e-skuad untuk mendapatkan maklumat dan fikrah terbaru. v Save Askan atau copy page semua maklumat dan fikrah e-skuad dalam USB, MP3, MP4 dan sebarkan melalui email kepada teman-teman. v Print atau fotostap serta sampai dan sebarkan kepada teman-teman. v Diskusi dan bincangkan maklumat serta fikrah e-skuad bersama teman-teman.
e-skuad bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan fikrah e-skuad, ahli dan pengunjung berperanan untuk menyampaikan semua dari e-skuad kepada mereka yang di dalam dan di luar alam siber. "Pelajaran perlu disampaikan dengan cara yang paling kreatif, menarik dan menyeronokan. Anda perlu banyak idea untuk menyampaikan idea. Anda tidak boleh bertindak sebagai seorang penysarah yang jumud. Kaedah penyampaian anda perlu menarik dan memukau." Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj. e-skuad mengharapkan ahli dan para pengunjung blog ini mendapat maklumat dan fikrah yang terbaik dari e-skuad serta sampai dan sebarkan kepada teman-teman yang lain. Jadilah ia sebagai satu saluran untuk menambah ilmu dan fikrah dalam mengharungi lautan tsunami duniawi ini.
((قال الله تعالى: (( إنا أرسلناك بالحق بشيرا ونذيرا وإن من أمة إلا خلا فيها نذير
Maksudnya: " Sesungguhnya kami mengutus kamu dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tak ada suatu umat, melainkan telah ada seorang pemberi peringatan di antara mereka" "Terkadang kita tak boleh salahkan lauk yang tak sedap sebab bukan api penyebabnya, bukan resipi penyebabnya, tapi cara menyediakannya yang tidak dibancuh oleh kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi." @Hak cipta terpelihara: e-skuad formula

Tiada ulasan: