Sistem Pilihanraya dalam Pemerintahan Demokrasi
Dalam sistem pemerintahan demokrasi, pilihanraya menjadi tonggak asas dan ia merupakan salah satu satu konsep dalam perlaksanaan sistem ini. Kerana ia membolehkan rakyat berkuasa untuk menentukan siapa pemimpin mereka dan ia juga mendaulatkan suara rakyat atau ketuanan rakyat dalam sistem demokrasi moden.
Dengan kata lain, rakyat diberi peluang untuk mengundi bagi memilih wakil dan kerajaan mengikut kehendak mereka. Apabila tiada pilihanraya dalam perlaksanaan sistem demokrasi, demokrasi tiada bermakna. Kerana makna dari demokrasi itu adalah rakyat berkuasa dan berhak dalam urusan pemerintahan negara dan politik. Seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Revolusi Perancis pada tahun 1789 yang membicarakan soal hak asasi manusia sejagat.
Pengenalan Pilihanraya
Pilihanraya membawa maksud, satu proses memilih calon yang bertanding untuk menjadi ahli parlimen atau ADUN yang merupakan institusi ekslusif dalam pemerintahan sesebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen. Konsep pilihanraya ini lahir seiring system pemerintahan demokrasi di zaman purba dan diamalkan di Athen serta Bandar-bandar sekitarnya. Tetapi ia banyak mengalami beberapa revolosi sejak berzaman hinggala sekarang. Bermula selepas tercetusnya Revolosi Perancis yang didokong oleh Montesqeo pada abad ke 19 diikuti dengan Revolosi Amerika dan England.
Bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mereka tidak dapat lari dari mengamalkan konsep pemilihan ini. Cuma di sana ada beberapa bentuk perbezaan dalam mengamalkan sistem pemilihan ini. Ia adalah kerana perbezaan dari sudut georafi dan keadaan negara yang memerintah selepas sesebuah negara itu dijajah.oleh yang demikian terdapat perbezaan dalam mengamalkan sistem pilihanraya ini.
Sistem pilihanraya
Bagi memastikan pilihanraya dikendalikan dengan sitematik dan adil, perlu dilakukan beberapa perkara berikut:
1. Pengendali pilihanraya: wajib ditubuhkan sebuah badan atau suruhanjaya yang benar-benar adil, bebas, berkecuali dan cekap mengendalikan dan mentadbir perjalanan pilihanraya. Di Malaysia, badan itu dinamakan Suruhanjaya Pilihanraya. Mengikut perlembagaan Persekutuaan fasal 113 (1) hendaklah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja di kalangan mereka yang dikatakan mendapat kepercayaan awam.
2. Undang-undang piliharaya: Hendaklah diadakkan undang-undang pilihanraya yang menetapkan peraturan-peraturan dan syarat-syarat berkait dengan segala rukun pilihanraya. Undang-undang itu menentukan pengundi, calon, perjalanan, dan adab-adab pilihanraya serta tindakan terhadap mereka yang tidak memenuhi syarat, rukun dan adab pilihanraya. Menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang.
3. Daftar Pemilih: Menyediakan pendaftaran nama-nama mereka yang berhak mengundi dan memenuhi syarat kelayakannya. Ini kerana bukannya seluruh rakyat berhak mengundi. Pemilih juga mempunyai hak mereka sendiri dalam menentukan sesebuah kemenangan.
Kelayakan pemilih-pemilih mengikut Perlembagaan Perseketuan perkara 119 fasal (1) menyatakan setiap warganegara yang:
1 Telah mencapai umur dua piluh satu tahun pada tarikh kelayakan.
2 Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan itu atau jika tidak bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi tak hadir dan
3 Didaftar di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pilihanraya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihanraya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan.
Seseorang berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri melainkan jika ia hilang kelayakan di bawah fasal (3-4) perkara (119) Perlembagaan Persekutuaan.
4. Calon pilihanraya: Syarat kelayakan menjadi calon itu hanyalah seperti orang yang layak mengundi dengan sedikit tambahan seperti tidak sempurna akal, tidak bankrap, tidak memegang jawatan pendapatan, tidak melakukan kesalahan jenayah dan lain-lain lagi seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan fasal 48.
5. Kawasan pilihanraya: Menentukan persempadanan mengikut daerah yang dibahagikan berdasarkan keluasan atau pun jumlah penduduk. Bahagian-bahagian pilihanraya bagi memilih ahli-ahli bagi Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Negeri ialah bahagian-bahagian pilihanraya yang mula-mula digunakan untuk pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri, mengikut mana yang berkenaan, menurut Perlembagaan persekutuan jadual 13 dan Akta Malaysia.
Penerimaan Ulama tentang pilihanraya
Keseluruhan para pemimpin dan tokoh gerakan Islam diseluruh dunia bermula dari Asia Tenggara sehingga Afrika Barat yang lahir dari gerakan tajdid dan pembaharuan, berijtihad untuk mengambil sistem pemerintahan Demokrasi ini sebagai wasilah dan wahana dalam perjuangan mereka. Di Antara tokoh tajdid yang menerima sistem ini adalah Hasan Al-Bana, Syed Qutb, Abul `ala Al-Maududi, Dr. Muhamad Nasir dan ulama ketemporari Dr. Yusuf Al-Qardawi. Cuma ada sedikit perbezaan kerana ia mengikut penafsiran masing-masing. Dan mengikut keadaan serta realiti negara masing-masing.
Di dalam persidangan Muktamar Rabitoh Alam Islami pada 12 syawal bersamaan 1422h yang telah di laksanakan di Mekah Al-Mukarramah telah membahas satu persoalanan berkenaan: ( Demokrasi dan perkongsian kuasa orang Islam di dalam pilihanraya di bawah pemerintahan orang-orang Kafir).
Salah seorang pembentang kertas kerja dalam Muktamar Rabitoh ini, iaitu As-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan telah menegaskan bahawa: ”hukumnya dibolehkan ketika mana di dalam musyarakah tersebut, ianya memberi maslahah bagi orang Islam tersebut atau bagi orang Islam yang lain darinya (orang Islam yang bukan mendiami negara tersebut, hanya berhijrah atau selainnya), samaada di dalam negara tersebut atau luarnya.”
Dari apa yang penulis nyatakan di atas, adalah setiap mereka atau Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi ini perlu kepada pilihanraya. Kerana pilihanraya adalah jalan tunggal dan “muajahah silmiah” untuk mendapatkan kuasa pemerintah dan menguasai sesuatu kerajaan dalam pengamalan sistem ini. Dan ia juga boleh menyempit dan mengurangkan kekuasaan pemerintah dalam melaksanakan plan tindakan kerajaan, juga boleh membantu umat Islam menyuarakan suara dan kehendak mereka dalam institute perlembagaan.
Pendapat Ulama tentang pilihanraya
1- Berdasarkan pandangan Imam Hassan Al-Bana dalam (. مجموعة رسائل الامام الشاهيد حسن البنا من رسالة نظام الحكم ) untul mendaulatkan syariat, katanya:
“Dakwah yang Ikhwan Al-Muslimin lakukan bertujuan melaksanakan syariat Allah. Namun demikian sekirannya wujud peluang melalui peti-peti undi yang bebas dan bersih mereka tidak akan mengenepikannya berasaskan dasar bahawa mereka memiliki agenda perubahan yang berteraskan Islam. Dengan ini, dakwah akan dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif. Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai, calon-calon Ikhwan Al-Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada rakyat di badan-badan perwakilan rakyat. Kami amat yakin Allah akan membantu kami memperolehi kejayaan jika apa yang kami lakukan ini hanya demi keredhaan Allah”
2- As-Syeikh Dr. Abdul Hamid Ismail Al-Ansari dalam kitabnya yang bertajuk (Al-Syura wal Asyaruha fil Demokratiah ):
“Sesungguhnya sistem pemerintahan demokrasi adalah satu sistem yang di sandarkan kepada penguasaan umum bagi rakyat. Dan aspek yang paling penting dalam penguasaan ini adalah pilihanraya yang di iktiraf. Demikianlah perkenalan kepada demokrasi. Dan sesungguhnya ia juga adalah satu sistem yang membanggunkan kuasa rakyat untuk memilih kerajaan dengan cara melalui pilihanraya”
3- Berkata As-Syeikh Abdul ‘Ala Al-Maududi, Pengasas Jamiat Islami di Benua India:
“Untuk merealisasikan perubahan dalam konteks negara republik, maka tidak ada cara lain kecuali melalui pilihanraya. Malalui wasilah ini kita dapat membentuk arus perdana umat dan menukar cara berfikir mereka kepada Islam supaya mereka mngenali calon-calon yang mendokong risalah Islam. Pada masa yang sama kita perlu mengislahkan wasilah ini dan menyucikannya daripada sebarang bentuk penyelewengan dan tipu daya”.
4- Berkata As-Syeikh Muhammad Ahmad Rasyid, tokoh Ikhwan Iraq dalam karyanya
( Usul Al-Iftaq wal Ijtihad At-Tadbiqi ):
“Apabila kita mengikuti renteten perbahasan ini dengan perbahasan yang lain, iaitu mencalonkan diri di dalam pemilihan sebagai ahli perlimen, kerana kedudukan harus padanya adalah sama sebagaimana kedudukan dari segi maslahah. Apabila harus seseorang itu menerima sesebuah jawatan kabinet, maka kesan mudharatnya dapat dikurangkan ,dan ini kerana kepincangan dalam pemilihan seseorang ketua negara yang beraliran sekuler adalah lebih buruk kesannya pada umat Islam. Dengan demikian, fatwa ulama semasa menyatakan hukumnya adalah harus (dibolehkan) atas pemilihan yang demikian (iaitu memasuki sistem pilihanraya)”.
5- As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz, ( الاسلام ملف لوأمجلة الانتخابات العدد الثالث ذوالقاعدة 1309 م ) Mufti kerajaan Arab Saudi ketika ditanya tentang bolehkah mencalonkan diri untuk menjadi ahli parlimen dan apakah pandangan Islam tentang pemaparan poster-poster calon dengan tujuan untuk berkempen supaya menjadi calon-calon yang beragama, beliau menjawab : Bahawa nabi s.a.w. telah bersabda :{Sesungguhnya setiap amal adalah berdasarkan niat, dan setiap orang akan dibalas mengikut niatnya .} Oleh itu tiada halangan untuk menyertai parlimen dengan tujuan mendokong kebenaran dan menghancurkan kebatilan. Ini adalah kerana perkara tersebut membawa kepada tertegaknya kebenaran dan memantapkan gabungan para pendakwah yang menyeru kepada Allah. Begitulah juga tidak salah mempamerkan poster-poster calon yang memang bermatlamat menegakkan kebenara.
6- As-Syeikh Dr. Faisal Maulawi Naib ketua Majlis Fatwa Eropah, menerangkan:
“Orang-orang Islam berkewajipan melaksanakan amar ma`aruf dan nahi mungkar dalam masyarakat di mana dia hidup. Pilihanraya adalah salah satu cara di mana dengannya dia dapat menunaikan kewajipan itu. Jadi dengan berlandaskan kaedah meraih yang paling kurang mudharat orang Islam boleh mengundi calon-calon tertentu dalam pilihanraya. Justeru itu ia berhak memilih calon yang lebih baik dari perspektif Islam. Kalau ia tidak temui calon yang lebih baik maka ia wajar memilih calon yang kurang mudharatnya terhadap orang Islam. Dengan cara itu, ia berupaya menolak mudharat daripada orang Islam setakat yang terdaya. Dengan itu juga penglibatan dalam pilihanraya adalah saru bentuk jihad.”
7- As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi dalam karyanya ( Fiqh Ad-Daulah dan Fatawa Al-Mua`sorah ) menekankan keharusan menjadi ahli parlimen dan terlibat dengan sistem demokrasi katanya : Dalam konteks merealisasikan wasilah politik semasa datang berterusan dan berkembang mengikut iklim dan suasana setempat, maka dibolehkan untuk menggunakan mana-mana wasilah sama ada berbentuk perkumpulan, pengajian, kerjasama dan lain-lain yang boleh membawa kepada kemaslahatan dan ketinggian Islam dan umatnya.
Pada bahagian yang lain pula Dr. Yusuf Al- Qardawi mengatakan : “Saya sangat terkejut apabila membaca surat yang ditulis oleh golongan yang bersemangat yang mengatakan : “Penyertaan dalam parlimen adalah bercanggah dengan konsep tauhid.”
Sebenarnya ini merupakan kesilapan yang nyata kerana mereka memasukkan dan menyamakan masalah amal dengan masalah aqidah. Sedangkan persoalan amal berlingkar antara benar atau salah dan bukannya antara Iman dan kufur. Ia adalah termasuk dalam siasah syariah yang mana mujtahid-mujtahid yang betul dalam ijtihadnya akan diganjari dengan dua pahala, dan sekiranya salah akan memperolehi satu pahala.
8- Seorang ulamak, Al-Mustasyar Salim Al-Bahansawi telah menolak pandangan Al-Ustaz Mohamad Qutb dengan katanya :
“Syeikh Mohamad Qutb menyangka penyertaan dalam parlimen membawa kepada pengabaian, menjatuhkan kredebiliti golongan Islam dan menghilangkan personaliti mereka di mata umum kerana sepatutnya mereka tidak bersekongkol dengan sistem jahiliyah. Sebenarnya pandangan ini adalah berasaskan wujudnya kerjasama dengan golongan yang zalim, sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan umum memakluminya. Berkenaan pengabaian tuntutan Islam, sebenarnya ia akan terjadi sekiranya golongan Islam menarik diri daripada menyertai parlimen dan inilah yang diusahakan oleh musuh-musuh Islam. Mereka ini sangat takut jika golongan Islam mendapat tempat di parlimen kerana ia membawa kepada pembongkaran kenifaqan dan kejahilan mereka.
9- Berkata As-Syeikh Dr. Solah Sowi, Sekreteriat Majlis Fuqaha Amerika, dalam kitab fatwanya yang mashyur ( Fatawa Al-lajnah Ad-Daimah lil Ifta’ ):
“tidak mengapa bagi golongan Islam untuk berkecimpung dalam pilihanraya di pentas politik, bagi mengukuhkan kuasa sesama mereka selagi mana jika kemaslahatan itu dapat mengatasi kerosakannya, dengan bersyaratkan ianya tidak merugikan tenaga kerja, dan tidak juga merubahkan pandangan orang yang berkecimpung dengannya sebagai satu-satunya wadah bagi perubahan yang diidam-idamkan semata-mata, dan juga sebagai ruang untuk menghina golongan lain, dan tidak juga jalan untuk memporakperandakan kesatuan, ataupun lobi- melobi dari satu pihak kepada pihak yang lain, dan juga tidak terpesong dari kerja-kerja dakwah, pendidikan dan juga tarbiyyah”.
10- Yang terakhir penulis suka merakamkan pandangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi masalah ini yang dijelaskan dalam karangan beliau ( الصراع بين الاسلام والعلمنية فى مالزيا ) Katanya:
“memandangkan sistem demokrasi barat diterima pakai di Malaysia, di mana setiap lima tahun pilihanraya umum akan dijalankan untuk rakyat memilih kerajaan pilihan mereka, maka PAS telah memilih untuk menyertai pilihanraya atas dasar ‘muwajahah silmiah’. Pilihanraya merupakan satu wasilah untuk menegakkan pemerintahan Islam sekaligus menyeru umat Islam merealisasikannya. Ia juga merupakan penunaian konsep ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ dengan jalan seafdhal-afdhal jihad iaitu iaitulah ‘perkataan yang benar di hadapan pemerintahan yang zalim’. (Hadith). Walaupun ada golongan yang tidak memahami hakikat wasilah ini dan ada juga yamg menolaknya kerana kecetekan pemahaman mereka, tetapi Pas berpandangan ianya merupakan pendekatan terbaik seperti mana juga yang telah dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Memandangkan tiadanya nas-nas sorih yang memerintah atau menegahnya, maka persoalannya adalah masalah ijtihadiah yang mengambil kira suasana politik setempat. Sesungguhnya perdamaian di sisi Allah dan rasulnya adalah lebih utama daripada peperangan dan keganasan.”
Kelemahan pilihanraya
Setiap ediologi dan teori yang datangnya dari pemikran dan penciptaan manusia, ia tidak dapat terlepas dari kelemahan dan ketempangan. Kerana manusia itu diciptakan oleh Maha Pencipta dengan ilmu yang tidak disempurnakan kepada mereka. Untuk menyempurnakan semua ilmu itu, manusia itu haruslah mengambil dan megunakanpakai sistem atau manhaj yang telah digariskan Oleh Allah Taala dan utusanNya.
Begitu juga dengan sistem demokrasi berpiliharaya ini, walaupun ulama bersepakat dan mengharuskannya, ia bukan bermakna sistem ini sempurna. Tetapi kita perlu ketahui, sistem berpiliharaya adalah satu sistem yang menyamaratakan suara dan kehendak rakyat. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil rakyat dapat menentukan nasib mereka sendiri. Oleh yang demikian, ia perlu kepada pembaikpulih dan proses pengandilian yang adil supaya ia tidak dicemari dengan tangan-tangan penguasa yang zalim dan mahu mempertahankan kedudukan mereka.
Sistem ini juga mudah dipengaruhi oleh mereka yang berkuasa dan mahukan kepada sokongan yang tidak menoroti dari rakyat. Pelbagai undang-undang dan akta boleh dilakukan mereka untuk apa sahaja tujuan. Contohnya seperti memasukkan pengundi dari luar kawasan, mengunakan jentera kerajaan dalam kempen piliharaya, membuat persempadanan semula bagi kawasan-kawasan yang tidak memihak kepada mereka dan banyak lagi yang semua ini adalah untuk memgekalkan kedudukan dan pemerintahan mereka. Inilah di antara beberapa kelemahan dalam sistem ini, yang perlu diperbaiki dan dikaji semula dari masa kesemasa mengikut kehendak dan keutamaan rakyat bukannya parti pemerintah. Perkara seperti ini hampir berlaku diselurih negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya.
Faktor Penyelewengan dan Kepincangan Pilihanraya
1. Dalam pilihanraya, mereka mengubal dan mengubah kanun dan undang-undang pilihanraya yang sedia ada untuk membantutkan pergerakkan, perjalanan, dan kemenangan parti pembangkang. Contohnya seperti persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya parlimen dan DUN dikawasan-kawasan dan negeri-negeri yang memihak kepada parti pembangkang.
2. Memasukkan pendaftaran pemilih yang sudah mati dan tidak berdaftar serta memasukkan pengundi hantu dalam kawasan dan negeri yang dijangka kemenangan hampir memihak kepada parti pembangkang. Contohnya seperti mana yang berlaku pada Parti Ikhwan Al-Muslimin di Mesir dan Parti Islam FIS di Sudan.
3. Mengunakan agensi kerajaan terutamanya Pengendali Pilihanraya dan sektor awam dalam kempen pilihanraya bagi mempertahankan kedudukan dan kekuasaan mereka. Tindakan ini dilakukan dengan jelas tanpa rasa malu dan berselindung.
4. Dan yang paling tragis dan menyedihkan mereka mengunakan pihak antarabangsa yang bermusuh dengan Islam untuk menjatuh dan menginkilab kerajaan yang didirikan dengan sah oleh parti pembangkang yang memenangi sesuatu pilihanraya. Contoh apa yang berlaku pada parti Islam di Turki, Algeria, Indonesia, Palastin, Malaysia dan beberapa negara umat Islam yang lain.
5. Memberikan rasuah kepada calon pembangkang, pemuda dan fakir miskin dari tidak bertanding atas tiket pembangkang dan menyokong mereka dalam pilihanraya. Kepada pemuda-pemudi, mereka memberikan kebebasan dan hiburan terlampau contohnya konsert, pesta arak, judi dan sebagainya supaya mereka tidak peduli dengan isu-isu semasa dan tidak peduli keadaan sekeliling .
Dan banyak lagi contoh-contoh penyelewengan dan pencabulan dalam Demokrasi dan khususnya dalam perjalanan pilihanraya yang tidak dapat penulis senaraikan kesemuanya.
Penyelewengan dan ketidakadilan ini, sekarang terus berleluasa dan semakin menjadi-jadi diseluruh negara-negra yang mengamalkan sistem demokrasi ini. Satu contoh yang penulis boleh bawakan disini, seperti yang berlaku pada parti-parti Islam yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Mereka mendapat pelbagai tekanan dan ketidaksamarataan dalam menjalankan aktiviti politik seharian mereka. Sehingga keperingkat, ramai aktivis mereka ditangkat, dopenjara dan dikenakan hukuman untuk tidak menyertai politik dan pilihanraya dalam masa-masa tertentu. Ia tidak berlaku kepada negara-negara barat yang mengamalkan sistem ini, bahkan memperlihatkan kepada kita ia adalah satu sistem yang meletakan suara rakyat sebagai penentu masa depan negara dan mereka diberikan sebebas-bebasnya hak untuk dituntut.
Program Pemulihan Pilihanraya
Firman Allah Taala: ( surah Al-Maidah: 49 )
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”
Imam Al-Ghazali r.a pernah berkata:
“Ketahuilah bahawa syariat itu adalah teras, kerajaan itu adalah penjaga. Sesuatu yang tidak mempunyai teras pasti akan binasa. Sesuatu yang tidak mempunyai penjaga pasti akan hilang”.
Berpandukan pandangan Imam As-Syahid Hasan Al-Bana, dalam mewujudkan satu bentuk pemulihan dalam sesuatu pilihanraya. Supaya ia mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak terkeluar dari landasan kemanusiaan sejagat. Pandangan beliau ialah:
“Mewujudkan sistem politik yang mampu melaksanakan prinsip menghormati hak manusia yang diberikan oleh Allah. Di samping menjaga hak dan kebebasan manusia. Memusatkan segala usaha untuk membangunkan institusi-institusi kerajaan yang membolehkan kerajaan bertindak secara betul dan berkesan. Menjamin wujudnya kebebasan tanpa penipuan dalam proses pilihanraya. Pihak kerajaan juga perlu diawasi sepanjang tempoh pemerintahan mereka supaya selaras dengan perlembagaan. Mengawal dasar kerajaan, memastikan tiada penyelewengan, memantapkan pentadbiran, memastikan perubahan dan peralihan kuasa berjalan dengan baik”.
Di sini penulis mahu nyatakan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan, oleh mereka yang mengamalkan sistem pilihanraya mengikut pandangan Imam Hasan Al-Bana. Terutamanya bagi pihak parti pembangkang dan mereka yang mengamalkan sistem piliharaya di semua negara demokrasi yang tidak mengamalkan sistem ini dengan maksud kata yang sebenarnya.
Seperti mana yang kita maklumi, banyak pemerintah kerajaan yang mengunakan sistem demokrasi berpilihanraya mengunakan sistem ini hanyalah untuk mempertahankan kedudukan mereka. Walaupun suara mejoroti rakyat tidak menyokongnya dan mereka tidak menghiraukan suara serta pendapat umum menyenai penyalahgunaan kuasa dan mereka juga memberikan tekanan kepada parti pembangkang mengikut undang-undang yang mereka sengaja gubalkan. Tindakan ini perlu kepada penelitian dan kajian ilmiah yang mendalam. Ia juga memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk mendapatkannya. Perkara berikut adalah:
1 Pemerintah mestilah melaksanakan kuasa dan tanggungjawab mengikut undang-undang. Oleh itu langkah memisahkan kuasa negara kepada tiga pihak iaitu pihak pengubal undang-undang (legislative), pihak perlaksana dasar (executive) dan pihak kehakiman (judiciary) adalah perlu bagi membentuk sistem pemerintahan yang baik serta menghalang kediktatoran dan mewujudkan keadilan.
2 Mewujudkan agensi yang menguruskan aspek teknikal, pentadbiran dan maklumat yang boleh dipercayai integriti mereka.menjauhkan proses kehakiman daripada pengaruh parti politik khususnya parti pemerintah.
3 Hapuskan rasuah dan sogokan serta tanamkan sikap hanya berpada dan menerima apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang dan perlembagaan sahaja.
4 Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta.
5 Peruntukan undang-undang bagi menyalahkangunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah kesalahan jenayah.
Dengan ini bagi membolehkan pilihanraya dijalankan dengan bebas dan telus beberapa perkara perlu diwujudkan:
1 Garis panduan bagi memilih calon-calon yang layak bertanding dalam pilihanraya.
2 Garis panduan bagi kempen pilihanraya.
3 Proses pilihanraya perlu dibaiki.
4 Hukuman yang berat kepada apa jua bentuk penipuan termasuk amalan rasuah.
5 Bebaskan wakil rakyat daripada tekanan pengundi dan kepentingan umum lebih diutamakan daripada kepetingan peribadi.
6 Penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman.
Sebelum penulis mahu mengakhiri penulisan ini, suka untuk penulis melampirkan sedikit maklumat tambahan kepada para pembaca sekalian, berkenaan pemerimaan dan penyertaan gerakan Islam moden dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Segala maklumat ini, penulis dapatkan dari pelbagai bahan bacaan, buku dan majalah berkenaan dengan gerakan Islam dunia. Segala fakta dan maklumat yang kurang tepat dari maklumat ini, penulis mengharapkan teguran dan kritikan yang membina dari semua pembaca.
GERAKAN ISLAM DUNIA DAN DEMOKRASI BERPILIHANRAYA
TURKI - Parti Refah
Dibenarkan terlibat sehingga pernah berkuasa. Kini diharamkan kerana menjadi ancaman kepada prinsip ‘sekularisme’. ( Prof.Dr Najmuddin Erbakan )
ALGERIA - FIS (Islamic Salvation Front)
Dibenarkan terlibat sehingga hampir-hampir berkuasa. Kini diharamkan terus serta pemimpin FIS dipenjara. ( Dr Abas Madani )
JORDAN - Ikhwan Muslimin
Di benarkan terlibat sehingga menjadi parti kedua terkuat di Jordan. Kini dikenakan sekatan yang ketat.
TUNISIA - An-Nahdah
Diharamkan terus kerana dianggap sebagai ancaman kepada negara. Kebanyakan pemimpin An-Nahdah di penjara.
MESIR - Ikhwan Muslimin
Diharamkan tetapi pernah bertanding di bawah tiket parti pembangkang lain dan menjadi pembangkang kedua terbesar di Mesir. Kemudian diharamkan terus dan ada pimpinan yang dipenjarakan. (Syaikh Hasan Al-Bana)
SYRIA - Ikhwan Muslimin
Diharamkan terus selepas peristiwa Hama’ yang mengorbankan ribuan aktivis Ikhwan Muslimin. Kini tidak wujud demokrasi. Musyid Dr. Mustafa As-Sebae`i
MORROCO - Jamaah Adil wal Ehsan (pecahan Ikhwan)
Diharamkan terus serta ramai aktivis Islam yang di penjara.
SAUDI ARABIA - Ikhwan Muslimin dan kumpulan Islam kecil
Mengharamkan gerakan Islam dari bergerak bebas. Tidak wujud demokrasi. Hanya mengamalkan sistem ‘syura’ yang kabur?
LIBYA - Harakah As-Sanusiah
Diharamkan terus serta ramai aktivis Islam yang di penjara. Kini tidak wujud demokrasi. Diasaskan oleh Syed Mohd Ali As-Sanusi
INDONESIA - Parti Masyumi
Dibenarkan terlibat hingga dapat memerintah. Tapi kini diharamkan dan terus serta pemimpin Masyumi di tangkat dan di penjara. Diasas oleh Dr. Muhammad Nasir
PAKISTAN - Harakah Jamaat Islami
Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Diasas oleh Abul `ala Al-Maududi
IRAN - Harakah Fidyan Islami
( Tiada maklumat) Diasaskan oleh Nawab Sofawi
MALAYSIA - (PAS) Parti Islam Se-malaysia
Di benarkan terlibat sehingga menjadi parti kedua terkuat di Malaysia selepas parti pihak pemerintah. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah.
INDIA - Harakah Jamaat Islami
Tidak bergerak mengunakan nama pertubuhan mereka sebaliknya menggunakan platform Parti lain. Sekarang bergerak bawah tanah. Dikenakan tekanan dan desakan yang cukup hebat dari pihak pemerintah. Diasas oleh Abul `ala Al-Maududi
PALASTIN - (Hamas) Pergerakan Kebangkitan Islam
Dibenarkan terlibat sehingga pernah berkuasa. Tapi digulingkan kerana menjadi ancaman kepada prinsip “Kewujudan Negara Israel Raya”. Kini dikenakan sekatan yang sangat ketat. Diasas oleh Syeikh Ahmad Yassin
SUDAN - Ikhwan Muslimin
Bergerak dengan bebas hingga boleh mengulingkan parti pemerintah. Sekarang dapat memerintah tetapi mendapat tekanan dari pihak antarabangsa.( Dr.Hassan At-Turabi)
BANGLADESH - Harakah Jamaat Islami
Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Ia lemah dalam mendepani masa. Diasas oleh Abul `ala Al-Maududi
LUBNAN -Jamaah Islami
Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Ia lemah dalam mendepani masa.( Dr.Faisal Al-Maulawi)
YAMAN - Jamaah Al-Islah
Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. ( Syeikh Abd majid Az-Zindani )
IRAQ - Hizbi Islami Iraqi
Masih dapat bergerak dalam sistem ini. Tapi tidak diberi kebebasan yang mutlak dan adil dari pihak pemerintah. Cuma sekarang bergerak perlahan disebabkan penjajahan Amerika.
TURKI - (AK Parti) Parti Pembangunan dan Keadilan
Bergerak dengan bebas hingga boleh mengulingkan parti pemerintah dalam sistem pilihanraya. Sekarang dapat memerintah tetapi menghadapi banyak cabaran ( Abdullah Gul dan Reccip Toiyip Erdogen)
Sumber: Bahan rujukan dari pelbagai buku gerakan Islam serta majalah
Kesimpulan
Setelah kita meneliti pengertian sistem pilihanraya, pandangan ulamak semasa, faktor kelemahan dan penyelewengan tentang pilihanraya dan menyertainya dalam Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, maka jelaslah bahawa Islam membenarkan pendekatan ini untuk kita merealisasikan tertegaknya pemerintahan Islam (Hakam Islamiah). Bahkan dalam situasi tertentu ianya menjadi wajib seperti mana dalam konteks Malaysia dan Lubnan serta beberapa negera yang lain. Walau bagaimanapun perlu ditegaskan kita tidak beriman dengan sistem demokrasi (pilihanraya) tetapi kita memilih pendekatan ini setelah mempertimbangkan semasak-masaknya maslahah dan mafsadah yang bakal diperolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan