Selasa, Ogos 05, 2008

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Oleh: Srikandi e-skuad
Sabtu,2 OGOS 2008 telah perginya sebutir permata. Puan Hamidah Binti Daud telah kembali ke rahmatullah setelah tiba di tanahair selepas beberapa hari di Indonesia untuk menjalankan tugas dakwah bersama sahabat-sahabat seperjuangan.Beliau yang memegang jawatan sebagai ketua penerangan dewan muslimat PAS Terengganu sangat aktif dalam menyumbangkan tenaga kepada jemaah PAS dari peringkat usrah cawangan sehinggalah DUN. Di sini Srikandi e-skuad ingin mengajak untuk sama-sama kita bermuhasabah terutamanya kepada sahabat-sahabat seperjuangan muslimat pas agar kita dapat mencipta satu demensi baru untuk sama-sama kita melahirkan 1000 lagi puan Hamidah dalam menjana keperkasaan pewaris perjuangan ini.Jika kita fahami, perjuangan ini tidak pernah berhenti sehinggalah ajal maut datang menjelang.Usia yang berbaki di dunia ini jadikanlah sebagai ladang segala amalan kebaikan dan kebajikan untuk kita menuai hasilnya di akhirat. Beliau yang juga yang mesra di kenali“kak dah“merupakan ibu kepada sahabat seperjuangan srikandi e-skuad. Semoga kalian sekeluarga tabah menerima ujian ini…Al-Fatihah.

Tiada ulasan: