Selasa, Ogos 05, 2008

Sadisnya cinta IPAS....

Oleh : Srikandi e-skuad
Baru-baru ini Ikatan Pelajar Asean Syria(IPAS) telah menganjurkan hari kebudayaan dan kesenian Pada hari Khamis,31Julai 2008 bersamaan 27 Rejab 1429.Pada tahun ini,program ini dikepalai oleh Persatuan Pelajar Singapura yang menjadi tuan rumah bagi sesi ini telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu. Bagi saya inilah kali pertama saya menghadiri program hari IPAS semenjak berada di bumi Syam. IPAS merupakan gabungan 4 negara Asean yang terdiri daripada Negara Malaysia, Singapura, Patani dan Indonesia. Istimewanya hari IPAS ini kita boleh lihat sendiri semua orang dapat hadir memberikan komitmen terbaik semata-mata ingin melihat persembahan dari empat Negara ini. Perasan tak? kebanyakan muka-muka yang tak pernah kita lihat sebelum ni muncul pada malam tu. Kusangkakan mereka ni dari negara lain, rupa-rupanya anak Malaysia. Ajaibkan…program macam ni boleh pulak bagi komitmen , nak ajak pergi talaqi dan program-program persatuan bukan main susah lagi.Tak taulah pulak kalau tak berdaftar sebagai ahli. Apapun syabaslah buat IPAS kerana berjaya menganjurkan program seterusnya dapat mempertemukan semua anak-anak Asean.
Ala kulli hal, apa yang ingin disentuh mengenai hari IPAS kali ini yang dirasakan tidak enak dipandang dan pada pandangan saya program ini kurang memberi makna di hati anak-anak Asean. Apa tidaknya, apabila dijemput persembahan nasyid wakil dari negara Indonesia muncul seorang gadis di pentas secara tiba- tiba menyanyikan lagu “ ayat- ayat cinta ”.Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penonton terutamanya di kalangan pelajar akhwat(perempuan) dan syabab(lelaki) menyebabkan segelintir penonton bertindak serta merta keluar dewan sebagai tanda memboikot persembahan tersebut. Di sini, saya tidak menyalahkan pelajar Indonesia kerana saya sendiri telah difahamkan proses ini bukanlah melalui prosedur yang dipersetujui daripada Persatuan Pelajar Indonesia, malah mereka sendiri tidak mengetahui perancangan persembahan tersebut. Namun saya yakin rata-rata yang hadir pada malam itu jelas mempamerkan ketidakpuasan hati mereka terhadap persembahan tersebut.
Justeru itu, pengarah program terlebih dahulu perlulah memastikan setiap unit yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dengan sebaiknya supaya tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya .Walaupun Singapura menjadi tuan rumah, tetapi harus diambil perhatian oleh pengarah program selaku wakil Malaysia yang biasa mengendalikan program seperti ini supaya sama-sama menghormati akhawat-akhawat kita yang rasa teramat malu dengan persembahan tersebut. Saya yakin kebanyakan yang hadir pada malam itu adalah golongan pelajar agama yang semestinya mengetahui hukum suara wanita di sisi syara’. Jangan kita samakan pelajar aliran agama dengan yang tidak belajar agama.
Tema hari IPAS kali ini ialah "CINTA". sadisnya cinta IPAS...hanya itu yang mampu terluah tatkala selesainya majlis. mungkin tema yang dibawa kali ini kurang menyengat jiwa pejuang menyebabkan semua penonton terkulai dan terkedu bilamana mendengar nyanyian wanita tersebut lalu kerana terlalu 'cinta' akhirnya majlis yang dijangkakan mampu memberi sentuhan emas akhirnya tercemar dengan nyanyian seorang wanita.
Apalah salahnya jika IPAS membawa objektif yang lebih memfokuskan tentang tanggungjawab mahasiswa Islam masa kini.Tentang method dakwah yang berkesan kepada masyarakat kelak apabila kembali ke tanah air masing-masing. Membincangkan masalah ummah secara serius dan matang, memandangkan kehadiran ahli setiap tahun begitu memuaskan maka dikesempatan ini kita boleh mengambil peluang mendedahkan kepada semua anak-anak Asean agar kita semua dapat menjiwai dan mendalami hati perjuangan sahabat – sahabat dari Patani khususnya. Perjuangan mereka dalam membela Islam yang suci menuntut hak-hak yang telah dirampas dan ditindas oleh pemerintah yang zalim.Ketakutan mereka, kebimbangan mereka.. adakah kita pernah berfikir untuk mereka? Adakah kita, bersama-sama di dalam perjuangan mereka atau sekadar suka-suka saja.Perkara-perkara sebeginilah yang sepatutnya diketengahkan dan diutamakan. Semoga persembahan hari IPAS akan datang berlainan dengan apa yang telah disembahkan sebelum ini. Banyakkan mesej-mesej yang menyentuh keinsafan, perjuangan dan sebagainya yang sesuai dengan peringkat kita selaku mahasiswa Islam di Asia Barat. Walaupun program tersebut telah berlalu, namun saya rasa bertanggungjawab menyampaikan suara hati ini dan atas dasar nasihat-menasihati sesama kita demi kemaslahatan bersama bukannya atas dasar menghentam atau mengutuk di belakang. Apa yang salah perlulah dibaiki bukannya mencarai siapa yang salah.
Akhirnya saya berharap pada masa akan datang pihak yang berkenaan dapat membuat sesuatu perubahan ke arah pembangunan jiwa. Segala pengisian yang langsung tidak bermanfaat dan lebih menjurus kepada budaya lagha mestilah ditolak. Berhibur tiada salahnya tetapi biarlah kena pada tempatnya.Bukannya saya menolak persembahan kebudayaan setiap negara cuma, apa yang dipersembahkan mestilah ada intipati ataupun input dan pengajaran yang boleh diambil teladan bersama lebih-lebih lagi kita di bumi Syam ini sebagai “ Tolib ilim” syariah. Sama-samalah kita fikirkan….Wallahua’lam

Tiada ulasan: