
Agen perubah Ummah .Sekadar Hiasan
Maksud berperanan di sini ialah berperanan dengan benar-benar memberikan sumbangan dan terlihat hasilnya bukannya membuahkan hasil yang kosong. Oleh sebab itu gerakan mahasiswa perlu mempunyai pemfokusan yang tersendiri, tidak cepat melatah, tidak dipengaruhi oleh golongan luar dan melaksanakan apa yang dirancang. Gerakan mahasiswa akan menjadi gerakan yang kukuh dan jelas perjuangannya apabila mereka mempunyai fokus kepada perjuangan yang dibawa. Perjuangan tersebut pula dilandaskan kepada beberapa peranan asas yang sedia digariskan. Asas penting yang perlu diberikan perhatian ialah pendidikan. Bidang yang dilalui sendiri oleh mereka. Pendidikan sebagai asas utama kepada pembangunan insan inilah yang perlu diperjuangkan oleh mahasiswa. Sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara sekarang dalam melahirkan rakyat yang berakhlak dan berdaya saing? Buku The Politics of Chinese Education mendedahkan kajian bahawa sistem pengajian cina yang paling komprehensif di Asia Tenggara adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia. Hanya 2.1% masyarakat Cina dan 4% masyarakat India menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. SMJKC Gemencheh pula dikatakan mempunyai kekuatan kewangan sebanyak RM5 juta di dalam akaun bank mereka. Bagaimana pula dengan sistem pendidikan agama Islam? Tercapaikah pula hasrat kerajaan untuk mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan belia yang berbilang bangsa dan agama ini? Itu tidak diceritakan lagi berkenaan dasar pendidikan negara yang sering berubah mengikut siapa yang mentadbirnya. Atas asas itulah peranan mahasiswa adalah membaikpulih dan turut sama mengislah sistem pendidikan yang kini berkonsepkan 'exam oriented' semata-mata. Arah gerakan yang ingin dibawa itu terpulang kepada mahasiswa. Sama ada ia berbentuk rundingan, cadangan atau pelbagai kaedah lagi. Apa yang penting isu pendidikan ini perlu diberi perhatian walau banyak mana isu politk membadai negara sekalipun.
Selain itu 12 juta atau 50% penduduk Malaysia terdiri dari belia yang berumur 24 tahun ke bawah manakala 7.7 juta atau 30% penduduk berumur 14 tahun ke bawah. Negara sekarang dipenuhi oleh para belia. Siapa lagi yang perlu bertanggungjawab selain dari mahasiswa, yang turut termasuk dalam golongan ini dan memahami asam garam kehidupan mereka? Pada 8 Ogos hingga September 2007, Merdeka Center for Opinion Research telah mengendalikan satu kaji selidik melalui telefon terhadap 1,508 orang responden dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun yang telah dipilih secara rawak dari seluruh negara. Persampelan dibentuk dengan mengambilkira latar belakang populasi kebangsaan yang dibahagikan mengikut jantina, kaum dan negeri. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan golongan muda di Malaysia mengenai penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik, juga pandangan mereka terhadap pentadbiran kerajaan dan demokrasi.

Harapan Bangsa kepada Serikandi
Keputusan kajian itu menunjukkan secara umumnya golongan muda di Malaysia tidak melihat diri mereka sebagai berkemampuan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat walaupun mereka mengambil berat tentang isu seperti ekonomi, keselamatan umum atau kos sara hidup. Hanya seorang daripada lima orang dilaporkan menjadi ahli pertubuhan. Hampir sebahagian daripada mereka menyertai parti politik atau persatuan belia anjuran kerajaan seperti Belia 4B, Majlis Belia Malaysia atau Rakan Muda. Jika pendaftaran pengundi diambil sebagai indikator kepada penglibatan politik, maka kajian mendapati penglibatannya adalah di peringkat sederhana. Lebih menyedihkan, majoriti kecil golongan muda percaya bahawa tidak banyak yang dapat dilakukan oleh rakyat biasa untuk memastikan kerajaan bertanggungjawab ke atas tindakannya apabila di luar musim pilihanraya. Pandangan ini disokong oleh penemuan lain yang menunjukkan sebahagian besar – tujuh daripada lapan orang – merasakan pegawai kerajaan tidak mematuhi undang-undang. Tambahan lagi, kajian juga mendapati hampir keseluruhan responden percaya bahawa kerajaan terlibat dengan rasuah. Kajian ini tidak menyentuh lagi berkenaan pandangan dan trend belia yang berada di luar negara, jauh dari tanah air dan tidak turut sama berada bersama masyarakat. Mungkin sahaja jawapannya lebih membimbangkan.

sekadar hiasan
Teruskan mengempur Mahasiswaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan