
Isnin, Oktober 06, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Sabtu, September 20, 2008
Renungan..

Khamis, September 04, 2008
Ramadhan Yang Sama Natijah Yang Berbeza
.jpg)

- Saya harus qiamullail (solat malam) & witir sebulan penuh
- Saya harus melaksanakan solat qabliah & ba’diah setiap waktu
- Saya harus solat dhuha setiap hari minima 2 rakaat.
- Saya harus khatam al-Quran 2 kali.
- Saya harus hafaz juz ’amma semuanya
- Saya harus membaca tafsir / terjemahan al-Quran minima 1/3 Al-Quran
- Saya harus solat lima waktu dengan berjamaah
- Saya harus memberi buka orang yang berpuasa, minima 1 kali dalam seminggu
- Saya harus membaca buku Islam, minima 1 buku
- Saya harus mampu menahan rasa marah
- Saya harus menghilangkan rasa benci, dendam, hasad dengki, dan bersangka buruk kepada semua mukmin tanpa ada yang terkecuali (saya harus memaafkan semuanya)
- Saya harus mampu menundukkan pandangan
- Saya harus banyak merenung uutuk muhasabah kesalahan-kesalahan diri
- Saya harus jujur terhadap diri sendiri terutama sekali terhadap Pencipta saya
- Saya harus lenyapkan sifat angkuh, sombong, takabbur, riya’, ’ujub dan sum’ah
- Saya tidak akan berbicara kecuali perkara-perkara yang penting sahaja
- Saya harus infaq setiap hari walaupun hanya LS 5
- Saya harus berusaha melawan godaan syaitan malas yang menggoda semuanya harus saya persembahkan hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. ”Ya Allah, Ya Rabb ! Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan untuk melaksanakan semuanya kerana-Mu Ya Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali hanya dari Engkau Ya Allah !!! Ya Rabbi !!! ”
- bacalah 4 mukasurat selepas subuh (20 minit)
- bacalah 4 mukasurat selepas Zuhur (20 minit)
- bacalah 4 mukasurat selepas Asar (20 minit)
- bacalah 2 mukasurat selepas Isya’ (20 minit)
- bacalah 6 mukasurat selepas Tarawih (20 minit)
- Tuliskan nombor mukasurat setiap kali berhenti membaca di atas sebuah kad @ kertas kecil yang diselit di dalam Al-Quran
- Bawalah Al-Quran ke mana-mana, yang kecil lebih mudah. Setiap kali ada ruang waktu, buka dan baca dari mana anda berhenti
- Bagi pekerja pejabat, ambil waktu sarapan pagi (7.30-8.00pagi), waktu minum (10.00-10.30pagi) dan waktu makan tengahari. Bacalah sedikit-sedikit setiap kali
- Bagi pelajar, gunakan masa rehat, masa tiada kuliah atau kelas, carilah sudut yang tenang dan bacalah Al-Quran
- Sementara menunggu waktu solat di masjid atau surau, datang awal sebelum azan
- Pada hari cuti, gandakan bacaan pada waktu pagi, di antara 10.00-12.00 tengahari. Ramai orang berehat sambil menonton TV. Alangkah baiknya masa itu digunakan dengan mencari sudut yang tenang di rumah dan baca Al-Quran
- Selalu menjaga wudhu supaya boleh membaca Al-Quran bila-bila masa
- Untuk wanita yang haid, bacalah makna Al-Quran serta tadabbur (perdalami), maknanya dengan membaca tafsir. Ini bermakna kita masih berinteraksi dengan Al-Quran. Jangan tinggalkan langsung Al-Quran.
Khamis, Ogos 28, 2008
PERANAN MAHASISWA PASCA PRU-12

Agen perubah Ummah .Sekadar Hiasan
Maksud berperanan di sini ialah berperanan dengan benar-benar memberikan sumbangan dan terlihat hasilnya bukannya membuahkan hasil yang kosong. Oleh sebab itu gerakan mahasiswa perlu mempunyai pemfokusan yang tersendiri, tidak cepat melatah, tidak dipengaruhi oleh golongan luar dan melaksanakan apa yang dirancang. Gerakan mahasiswa akan menjadi gerakan yang kukuh dan jelas perjuangannya apabila mereka mempunyai fokus kepada perjuangan yang dibawa. Perjuangan tersebut pula dilandaskan kepada beberapa peranan asas yang sedia digariskan. Asas penting yang perlu diberikan perhatian ialah pendidikan. Bidang yang dilalui sendiri oleh mereka. Pendidikan sebagai asas utama kepada pembangunan insan inilah yang perlu diperjuangkan oleh mahasiswa. Sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara sekarang dalam melahirkan rakyat yang berakhlak dan berdaya saing? Buku The Politics of Chinese Education mendedahkan kajian bahawa sistem pengajian cina yang paling komprehensif di Asia Tenggara adalah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia. Hanya 2.1% masyarakat Cina dan 4% masyarakat India menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. SMJKC Gemencheh pula dikatakan mempunyai kekuatan kewangan sebanyak RM5 juta di dalam akaun bank mereka. Bagaimana pula dengan sistem pendidikan agama Islam? Tercapaikah pula hasrat kerajaan untuk mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan belia yang berbilang bangsa dan agama ini? Itu tidak diceritakan lagi berkenaan dasar pendidikan negara yang sering berubah mengikut siapa yang mentadbirnya. Atas asas itulah peranan mahasiswa adalah membaikpulih dan turut sama mengislah sistem pendidikan yang kini berkonsepkan 'exam oriented' semata-mata. Arah gerakan yang ingin dibawa itu terpulang kepada mahasiswa. Sama ada ia berbentuk rundingan, cadangan atau pelbagai kaedah lagi. Apa yang penting isu pendidikan ini perlu diberi perhatian walau banyak mana isu politk membadai negara sekalipun.
Selain itu 12 juta atau 50% penduduk Malaysia terdiri dari belia yang berumur 24 tahun ke bawah manakala 7.7 juta atau 30% penduduk berumur 14 tahun ke bawah. Negara sekarang dipenuhi oleh para belia. Siapa lagi yang perlu bertanggungjawab selain dari mahasiswa, yang turut termasuk dalam golongan ini dan memahami asam garam kehidupan mereka? Pada 8 Ogos hingga September 2007, Merdeka Center for Opinion Research telah mengendalikan satu kaji selidik melalui telefon terhadap 1,508 orang responden dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun yang telah dipilih secara rawak dari seluruh negara. Persampelan dibentuk dengan mengambilkira latar belakang populasi kebangsaan yang dibahagikan mengikut jantina, kaum dan negeri. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan golongan muda di Malaysia mengenai penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik, juga pandangan mereka terhadap pentadbiran kerajaan dan demokrasi.

Harapan Bangsa kepada Serikandi
Keputusan kajian itu menunjukkan secara umumnya golongan muda di Malaysia tidak melihat diri mereka sebagai berkemampuan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat walaupun mereka mengambil berat tentang isu seperti ekonomi, keselamatan umum atau kos sara hidup. Hanya seorang daripada lima orang dilaporkan menjadi ahli pertubuhan. Hampir sebahagian daripada mereka menyertai parti politik atau persatuan belia anjuran kerajaan seperti Belia 4B, Majlis Belia Malaysia atau Rakan Muda. Jika pendaftaran pengundi diambil sebagai indikator kepada penglibatan politik, maka kajian mendapati penglibatannya adalah di peringkat sederhana. Lebih menyedihkan, majoriti kecil golongan muda percaya bahawa tidak banyak yang dapat dilakukan oleh rakyat biasa untuk memastikan kerajaan bertanggungjawab ke atas tindakannya apabila di luar musim pilihanraya. Pandangan ini disokong oleh penemuan lain yang menunjukkan sebahagian besar – tujuh daripada lapan orang – merasakan pegawai kerajaan tidak mematuhi undang-undang. Tambahan lagi, kajian juga mendapati hampir keseluruhan responden percaya bahawa kerajaan terlibat dengan rasuah. Kajian ini tidak menyentuh lagi berkenaan pandangan dan trend belia yang berada di luar negara, jauh dari tanah air dan tidak turut sama berada bersama masyarakat. Mungkin sahaja jawapannya lebih membimbangkan.

sekadar hiasan
Teruskan mengempur Mahasiswaku...
Selasa, Ogos 05, 2008
Sadisnya cinta IPAS....
HILANGNYA SEBUTIR PERMATA
Hikmah di sebalik Peristiwa Isra' wal Mi'raj….
